Wednesday 13 June 2012

SEMINAR ANTARABANGSA : FIQH MENTAATI PEMIMPIN



PETALING JAYA - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dijadual menyampaikan ucaptama dan merasmi "Seminar Antarabangsa : Fiqh Mentaati Pemimpin" di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini, yang bermula pada 15 Jun.

Penasihat Agama kepada Perdana Menteri Datuk Seri Dr Abdullah Md Zin berkata seminar tiga hari itu bertujuan membincangkan isu ilmu fiqh yang berkaitan hubungan rakyat dan pemimpin.

"Seminar ini akan membincangkan pandangan pelbagai ulama dan cendekiawan Islam serta menganalisis pengalaman negara Arab dalam menangani isu ketaatan terhadap pemimpin," katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.

Beliau berkata tujuh kertas kerja akan dibentang termasuk "Fiqh Mentaati Pemimpin" oleh bekas Canselor Universiti Al-Azhar Mesir Syeikh Prof Dr Umar Hashim.

Mufti Palestin Syeikh Ekrima Sa'id Sabri dan Imam Masjidil Haram Mekah Syeikh Maher Al-Mueaqly masing-masing akan membentang kertas kerja bertajuk 'Harapan Ummah Kepada Pemimpin Dunia Islam' dan 'Adaptasi Kepimpinan Nabi Dalam Pentadbiran Negara', katanya.

Terdahulu, beliau menyaksikan penyerahan penajaan bernilai RM3.5 juta bagi seminar itu daripada Kumpulan Naza yang disampaikan Pengarahnya Puan Sri Zaleha Ismail kepada pengerusi seminar, Mohd Yusof Din.

Penajaan itu termasuk 600 kereta Chevrolet Captiva yang dijadikan pengangkutan rasmi pada seminar itu.






 


Abdullah berkata kira-kira 1,200 peserta Malaysia dan luar negara termasuk Sudan, Oman, Singapura dan Brunei dijangka menyertai seminar ianjuran bersama Persatuan Generasi Bestari dan MyKMU.net.

Sementara itu, Pengerusi Eksekutif Bersama Kumpulan Naza Datuk Wira SM Faisal SM Nasimuddin berkata syarikat menaja seminar itu berikutan komitmennya ke arah mengukuhkan kesepaduan ummah di Malaysia.

"Inilah peranan badan korporat seperti Kumpulan Naza kerana penglibatan kami di negara ini perlu lebih daripada hanya berniaga.

"Kami mahu lebih serius dalam membangun dan memperkasakan umat Islam di Malaysia. Inilah yang dimahukan allahyarham ayah saya (Tan Sri SM Nasimuddin SM Amin)," katanya.- Bernama

Terima Kasih NAZA....

No comments: