Monday 25 June 2012

'PEGAWAI KANAN TENTERA' SELUDUP SENJATA...!!!


ALOR GAJAH: Tindakan dua lelaki menyamar pegawai kanan tentera dan membawa puluhan senjata tiruan dalam kereta dinaiki mereka ketika memasuki Kem Terendak di sini, kelmarin, menimbulkan pelbagai persoalan, terutama motif mereka berbuat demikian.
Tambahan pula, kedua-dua mereka yang memakai seragam pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berpangkat kapten dan seorang lagi berpakaian separa celoreng turut memiliki pas keselamatan yang dikeluarkan Kementerian Luar serta Jabatan Perdana Menteri.

Pegawai Risik 10 Briged Para Kem Terendak, Mejar Abd Razak Sipit berkata, dalam kejadian kira-kira jam 2.30 petang itu, senjata tiruan ditemui pada kedua-dua suspek dikategorikan gred A berdasarkan bentuknya 100 peratus mengikut saiz serta berat senjata asal dan bernilai kira-kira RM20,000.

“Senjata tiruan gred A yang dirampas itu termasuk pistol, pelancar mortar, raifal dan bom asap, selain alat kelengkapan komunikasi tentera,” katanya di sini, kelmarin - myMetro

No comments: