Wednesday, 6 June 2012

DJ RADIO DICULIK DAP..???!!!


PETER JOHN JAMBAN AKUI KEHILANGANNYA DIRANCANG DAP


Sementara ramai di kalangan pemimpin dan penyokong Pakatan Pembangkang bercakap tentang “penculikan” Peter John Jamban DJ Radio Free Sarawak (RFS) sebaik saja sampai di Sarawak, empunya badan itu telah mengakui dirinya bukan diculik, tetapi hanya menghilangkan diri seketika atas rancangan pemimpin DAP.

Persoalan “kehilangan” Peter John Jamban terjawab sendiri apabila empunya badan telah tampil dan memohon maaf kerana menghilangkan diri secara sengaja. Menurut Peter John Jamban, saya memohon maaf kerana menghilangkan begitu sahaja sambil menidakkan ini semua rancangan pemimpin DAP dan PKR.

Di dalam media sosial terutama Facebook, ramai di kalangan mereka bukannya menyalurkan rasa simpati bahkan mengutuk perbuatan Peter John Jamban itu sebagai suatu gimik politik.



Perasaan gembira rakyat Sarawak meraikan sambutan Gawai telah dicemari lakon layar Peter John Jamban yang menemui kegagalan. Ini kerana ramai yang beranggapan bahawa ianya hanya lakon layar dan gimik politik yang sengaja direka oleh Pakatan Pembangkang bagi memburukkan kerajaan khususnya pihak polis.

Sebaliknya, rakyat Sarawak menganggap “kehilangan” Peter John Jamban itu sebenarnya takut disiasat atau dikasari pihak polis. Seperti kata pepatah, berani kerana benar dan takut kerana salah. 

No comments: