Monday 18 June 2012

DEMI ALLAH DEMI RASUL.... MALAYSIA NEGARA SEKULAR ADALAH FITNAH..!!!


MALAYSIA DARUL ISLAM.....!!!


Demi Allah Malaysia Bukan Negara Sekular – Dr Uthman El-Muhammadi


Tokoh cendiakawan agama, Dr Muhammad Uthman El-Muhammady bersumpah dengan nama Allah dan Rasul bahawa Malaysia bukan sebuah negara sekular.


“Seluruh umat Islam di negara ini… hentikan pertikaian berhubung persoalan sekularisme dan nasionalisme. Mereka yang menuduh pihak-pihak tertentu mengamalkan konsep berkenaan adalah mereka yang tidak melihat kepada pokok asas istilah itu,”’ katanya dalam temubual eksklusif dengan umno online.







Dr Muhammad Uthman yang sanggup bersumpah dengan nama Allah dan Rasul menyatakan dengan tegas bahawa sekularisme dalam erti barat tidak wujud sama sekali di Malaysia. Umat Islam mesti segera menghentikan pertikaian berkenaan dan kembali kepada fahaman konsep sayang kepada bangsa dan agama mengikut Islam.


“Yang ada pada kita adalah konsep sayang kepada bangsa dan agama. Inilah yang Islam ajar. Jangan sesekali melanggar kerangka asal ini dan sewajarnya perlu diperkemaskan lagi untuk dijadikan contoh kepada kaum minoriti yang lain.


Kata beliau lagi, pendapat yang menyebut sekular mula wujud di negara ini sejak kedatangan penjajah adalah tidak benar sama sekali.


“Pemisahan agama, adat dan Raja pada waktu itu adalah pengasingan pentadbiran dan bukannya pengasingan agama secara total di dalam pentadbiran. Pokok pangkal sekular ialah pengecualian agama daripada semua ruang awam. Agama dipisahkan dalam pendidikan, pentadbiran, sektor keselamatan, bank dan lain-lain.


“Kita tengok dalam pentadbiran negara hari ini, agama tidak dipisahkan sama sekali. Malah dalam apa jua aspek, agama ditekankan. Cuma mungkin secara tidak menyeluruh kerana kita sedang mengalami perubahan ,” katanya.


Beliau juga melahirkan kekesalan terhadap sesetengah pihak yang sanggup menggadaikan konsep persaudaraan sesama Islam.


Menurut beliau, tuduhan kafir kepada pihak tertentu adalah satu budaya yang ditegah oleh Islam.

“Sebagai kesempurnaan iman, kita diseru seperti dalam hadis yang menyebut sayangilah kepada saudara kita sepertimana menyayangi diri kita sendiri. Apa maknanya itu. Maksudnya tergamakkah kita menggelarkan saudara kita kafir.

“Tuduhan kafir ini cukup berat kerana kafir akan masuk neraka dan tidak akan keluar sampai bila-bila. Bukankah kita sendiri pun tidak mahu ke neraka, kenapa pula kita sanggup labelkan saudara segama kita sedemikian rupa.

“Kucing yang kita sayang pun kalau boleh mahu dimasukkan dalam syurga…apatah lagi saudara seagama kita,”

“Mereka yang melanggar kerangka asal ini dipanggil “Intellectual And Spiritual Barbarian“ (kebiadapan intelektual rohani) yang tidak boleh dimaafkan. Ini tidak boleh dibiarkan berlaku atas dasar kebebasan mengeluarkan pendapat,“ katanya.


Beliau berkata demikian ketika membentangkan Kertas Kerja ke-7, hari ke 3 (terakhir) di Seminar Antarabangsa 'Fiqh Mentaati Pemimpin' yang berakhir hari tengahari semalam di PWTC, Kuala LUmpur.

No comments: