Wednesday, 23 May 2012

PEMBEDAHAN JANTUNG TERBUKA DI TWITTER CIPTA SEJARAH


PAKAR bedah Hospital Memorial Hermann Northwest, AS,  berkongsi pembedahan jantung terbuka di twitter buat  kali pertama di dunia.
PAKAR bedah Hospital Memorial Hermann Northwest, AS, berkongsi pembedahan jantung terbuka di twitter buat kali pertama di dunia.
Orang ramai patut manfaatkan ilmu kesihatan di laman sesawang bantu cara hidup sihat

KEBANYAKAN daripada kita berhubung dengan dunia luar menerusi media sosial. Saya mengikuti perkembangan kawan dan keluarga melalui facebook serta membaca twitter untuk mengetahui isu berkaitan rakyat Malaysia dan mengikuti perkembangan berita daripada blog seluruh dunia.
Semua platform ini adalah bentuk media secara bersosial yang sebenar. Dengan kewujudannya, saya dapat berhubung dengan lebih ramai orang berbanding dulu.
Sebelum doktor itu mula twit di dewan pembedahan, mereka sudah melakukannya melalui persidangan perubatan, berkongsi perkembangan terkini dan hasil kaji selidik yang menarik sambil mereka mendengar penerangan lintas langsung daripada penceramah. Kaedah ini adalah satu revolusi kerana ia membuka akses maklumat supaya ilmu dapat dikongsi bersama semua orang dan tidak terbatas kepada golongan elit belaka.
Walaupun saya menemui rakyat apabila melawat bahagian saya termasuk pada peringkat akar umbi, saya jarang berpeluang untuk bertukar perbualan kecuali bercakap sepatah dua kata dengan mereka. Bagaimanapun, melalui facebook dan twitter, saya mendapat maklum balas serta berinteraksi dengan lebih bermakna bersama rakyat.

Media sosial bukan lagi alat peribadi untuk mencari kawan lama dan memaparkan foto keluarga. Ia menjadi forum awam untuk pengiklanan, berjual beli, menyebarkan idea dan mendidik rakyat.

Berkomunikasi dalam media sosial sangat berbeza berbanding media tradisional kerana anda boleh mendekati pelbagai audiens, berhubung secara interaktif dan lebih bersifat peribadi, serta menggalakkan mereka berkongsi pengetahuan dengan jaringan kenalan.

Dalam menggunakan media sosial untuk khidmat dan pendidikan kesihatan, banyak perkara menarik berlaku di luar sana. 
Baru-baru ini, saya membaca melalui Masabale (satu laman web untuk media sosial dan berita teknologi) mengenai pembedahan jantung terbuka yang ditwit buat kali pertama di dunia, dijalankan pakar bedah Hospital Memorial Hermann Northwest di Houston, Texas, Amerika Syarikat.

Dr Michael Macris menjalankan pembedahan berganda pemintasan arteri koronari terhadap pesakit berusia 57 tahun, manakala rakan sejawatannya, Dr Paresh Patel memberi perkembangan prosedur itu melalui twitter dan menjawab soalan ke akaun twitter hospital berkenaan. Mereka berkongsi foto dan rakaman video yang diambil ketika pembedahan.

Amalan ini memberikan pendidikan kepada orang ramai mengenai prosedur pembedahan jantung biasa. Dengan pendedahan itu, doktor berharap orang ramai memahami perlunya mereka mempelajari cara mencegah penyakit kardiovaskular yang memerlukan pembedahan sedemikian.

Malah, sebelum doktor itu mula twit di dewan pembedahan, mereka sudah melakukannya melalui persidangan perubatan, berkongsi perkembangan terkini dan hasil kaji selidik yang menarik sambil mereka mendengar penerangan lintas langsung daripada penceramah. Kaedah ini adalah satu revolusi kerana ia membuka akses maklumat supaya ilmu dapat dikongsi bersama semua orang dan tidak terbatas kepada golongan elit belaka.

Satu lagi cara terbaik bagi doktor dan golongan profesional berhubung dengan orang awam ialah menganjurkan perbualan twitter untuk menjawab soalan pengguna twitter lain atau mengadakan perbincangan terbuka mengenai topik perubatan yang tertentu.

Facebook adalah cara terbaik untuk mengumpulkan kumpulan besar bagi mencapai satu-satu matlamat. Contohnya, saya pernah melihat kempen kesihatan di facebook, untuk mendapatkan kawan menyertai aktiviti kempen seperti perlumbaan maraton, forum atau acara mengumpul tabung amal.

YouTube dan video lain atas talian adalah cara berkesan menarik perhatian orang ramai serta membolehkan perkongsian maklumat yang relevan. Video Persatuan Jantung Amerika (http://www.youtube.com/user/americarnheart assoc) sangat berkesan kerana ia memaparkan seorang aktres popular dan menghantar mesej peribadi secara langsung mengenai cara untuk mengenal pasti serangan jantung, dan pada waktu yang sama rakaman itu menghiburkan.

Pada peringkat tempatan, ada usaha Persatuan Nutrisi Malaysia (NSM) dan portal Try Masak (http://www.trymasak.my.sihat/) yang menyediakan resipi sihat NSM didemonstrasikan pakar diet serta seorang chef melalui rakaman video pendek.

Masyarakat semakin beralih kepada media sosial, bukan setakat mendapatkan perisian, malah menguruskan rawatan penjagaan kesihatan mereka. Antara idea yang saya dapati sangat menarik ialah bagi pakar rawatan penjagaan kesihatan menggunakan aplikasi telefon mudah alih bagi menguruskan rawatan untuk pesakit.

Perkara seperti janji temu perubatan, peringatan supaya mematuhi rawatan dan preskripsi maklumat keselamatan boleh disimpan dalam sesuatu aplikasi (App) itu. Memandangkan telefon pintar semakin murah, lebih ramai mendapat akses Apps bila-bila masa mereka memerlukan maklumat dan tidak perlu lagi menunggu untuk giliran di hospital atau klinik.

Satu aspek penting menggunakan media sosial untuk mempromosikan kesihatan ialah menggunakan mekanisme maklum balas. Sebagaimana yang disebutkan awal tadi, media sosial membolehkan saya mendengar apa yang diperkatakan di luar mengenai isu yang relevan untuk saya.

Media sosial juga platform untuk memuatkan perisian, oleh itu, ia bukan semata-mata perisian daripada saya. Saya lebih banyak mempelajari perkara baru daripada perisian yang dimuatkan oleh orang lain – saya belajar mengenai apa yang penting bagi mereka dan mengapa mereka melakukan sesuatu perkara.

Kita berada pada zaman yang sangat menarik, banyak maklumat pada hujung jari untuk membantu membuat keputusan lebih baik bagi kesihatan. Media sosial bukan saja satu bentuk komunikasi yang penting dan berkesan, ia sangat menyeronokkan dan mewarnai hidup kita. Dalam hubungan ini, penyebaran virus sangat sesuai untuk kesihatan.



LIOW TIONG LAI

Penulis ialah Menteri Kesihatan Malaysia. Ikuti beliau melalui blog (www.liowtionglai.comm/blog), atau twitter (@liowtionglai)

No comments: