Christian yang kini berusia setahun, dilahirkan tanpa kedua-dua mata disebabkan keadaan lelangit rekah, yang jarang ditemui.
Tetapi, itu tidak mengurangkan kasih sayang Lacey Buchanan terhadap anaknya dan dia dengan bangga menayang anaknya kepada dunia.
Dalam satu video inspirasi yang dimuat naik ke YouTube, Lacey mendedahkan kepayahan yang dilalui oleh mereka setiap hari, termasuk keadaan di mana Christian terpaksa berhadapan dengan pembuli.
Video sepanjang tujuh minit, dibuat untuk menunjukkan betapa Lacey menyayangi anaknya itu, kini menjadi antara video yang paling banyak ditonton, iaitu mencecah lebih satu juta penonton.
VIDEO 7 MINIT.... menceritakan segalanya....
Dengan menggunakan kertas bertulis tangan, dia bercerita bagaimana dia bertemu dengan bapa anaknya itu ketika berusia 15 tahun dan mereka jatuh cinta.
Dia mengahwini suaminya Chris, ketika dia berusia 21 tahun dan mengandungkan Christian ketika usianya 23 tahun.
Dia mengahwini suaminya Chris, ketika dia berusia 21 tahun dan mengandungkan Christian ketika usianya 23 tahun.
“Kami sangat gembira!!” tulisnya. Ketika usia kandungannya mencecah 18 minggu, mereka membuat ultrasound dan pasangan itu mendapat tahu mereka akan mendapat anak lelaki, dan ini menambahkan lagi kegembiraan mereka.
Tetapi selepas seminggu mendapat berita baik, pasangan itu menerima panggilan dari doktor mereka memberitahu ada yang tidak kena dengan janin itu.
Terdapat masalah pada bayi mereka dan ini menyebabkan pasangan itu sedih.
Ketika kandungan Lacey semakin membesar, doktor semakin tidak pasti apa yang tidak kena dengan bayinya dan berkata dia mempunyai peluang 85 peratus untuk gugur.
Pasangan yang kuat agama, menolak untuk menggugurkan kandungan dan percaya dia mempunyai matlamat untuk hidup di dunia dan mereka akan menyayanginya tidak kira apa pun.
Lacey dan Chris ke Pusat Perubatan Vanderbilt di mana Christian dilahirkan pada 18 Februari, 2011. Mereka menyangka mereka mungkin tidak akan dapat membawa Christian pulang.
Pasangan itu gembira apabila Christian selamat dilahirkan tetapi kegembiraan mereka sekejap saja.
Keadaan Christian lebih buruk daripada apa yang doktor jangkakan.
Dia dilahirkan dengan keadaan lelangit rekah (Tessier cleft lip and palate) dan tidak boleh menutup mulutnya. – Daily Mail
1 comment:
Yg peliknya kat negara kita, anak comel sihat wala'fiat...dibuang merata2...malah ada yg sanggup membunuhnya. Untung Christian dpt ibu yg sebegitu kuat sifat keibuan dan pegangan agamanya.
Post a Comment