Friday 4 May 2012

KHALID ISMATH AKAN DITENDANG DARI UiTM...???


KUALA LUMPUR – Sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mengelar diri mereka sebagai Waris Wawasan (Waris) pagi tadi menghantar memorandum bagi mengesa pentadbiran Universiti Teknologi Mara (UiTM) mengambil tindakan tatatertib ke atas salah seorang pelajar mereka, Khalid Mohd Ismath.
Memorandum disampaikan wakil Waris, Kamal Maarof Abd Jamal kepada Naib Canselor UiTM, Datuk Prof. Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar di Lobi Canselori, pagi tadi.
Ketika ditanya apakah bentuk tindakan yang mungkin boleh diambil ke atas Khalid, Sahol berkata; “jika betul Khalid bersalah, dia patut dipecat daripada UiTM kerana semasa masuk UiTM mereka telah berikrar untuk menjaga nama baik UiTM”.
Khalid Ismath Berhadapan Kemungkinan Dibuang UiTM

Waris dipercayai bertindak menghantar memorandum itu kerana kurang berpuas hati dengan sikap Khalid yang mengeluarkan kenyataan semua polis patut dibunuh dan beberapa tindak-tanduknya yang dikata memalukan UiTM.
Khalid yang sering digelar mahasewel oleh penulis blog juga pernah ditegur seorang editor kanan sebuah akhbar kerana hanya mampu memperoleh mata purata 2.3 dalam CGPA semester 2 di sebuah universiti yang ditubuhkan semata-mata untuk membantu pelajar Melayu sepertinya.

Khalid Ismath Berhadapan Kemungkinan Dibuang UiTM


(Sumber: Pemikir Politik

2 comments:

C L J said...

UNIVERSITI MAJLIS AMANAH RAKYAT.

Anonymous said...

saya sokong tindakan keatas manusia yang tak reti bersyukor dengan nikmat yang telah diperolehinya. suruh mak bapak dia tanggung kos akademik dia atau pergila ke negera mana yang bagi akademik percuma di dunia ni.