Semakin hampir pilihanraya, apa sahaja boleh dijadikan modal untuk tujuan politik. Free Malaysia Today melaporkan hari ini ahli parlimen Ampang yang juga wakil Parti Keadilan Rakyat (PKR), Zuraida Kamaruddin meminta penjelasan daripada Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah,Datuk Shafie Apdal mengenai skandalnya dengan Artis Zahida Rafik.
Adakah benar? Kita nantikan pengakuan dari pelakon terkenal Zahida Rafik yang telah didedahkan rahsia hubungannya bersama Menteri Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Shafie Apdal dalam satu laporan polis pada 13 Mac lalu.
Terdahulu, pemandu peribadi Zahida iaitu Noor Azman Azemi, 38, yang bekerja sebagai pemandu peribadi Zahida sejak tiga tahun lalu mendedahkan skandal itu dalam laporan polis terhadap Zahida yang menuduhnya melarikan wang RM200,00 milik Zahida. Tuduhan Zahida terhadap Noor Azman itu juga pernah dilaporkan sebuah akhbar pada 3 Mac lalu.
Dalam laporan itu, Noor Azman berkata, ketika berada di rumahnya di Flat PKNS Ampang, beliau didatangi (tidak dinyatakan tarikh) beberapa orang termasuk dua orang yang memperkenalkan diri mereka sebagai anggota polis yang bernama Hafiz dan Raj.
“Saya diminta Datuk
Shafie Apdhal untuk bekerja sebagai pemandu peribadi kepada Zahida untuk
memastikan gerak-geri Zahida dapat dipantau. Datuk Shafie dan Zahida mempunyai hubungan intim antara satu sama
lain. Sayalah antara orang kepercayaan yang dipercayai. Walaubagaimanapun saya
diminta Datuk untuk melaporkan segala langkah Zahida kepada Datuk.”
“Datuk akan berjumpa
dengan Zahida (saya akan memandu dan berurus dengan
pemandu Datuk Shafie) secara rahsia di mana-mana hotel sekitar Kuala Lumpur
setiap minggu. Pada setiap kali perjumpaan itu Datuk akan menyerahkan wang
tunai antara RM100,000 hingga RM200,000. Wang tunai tersebut kemudiaanya akan
dibawa ke bank oleh saya dan Zahida untuk
dimasukkan ke dalam akaun Maybank Zahida di Menara Perkeso Jalan Ampang.”
“Pada tarikh 29
Februari 2012, saya tidak diberi apa-apa wang secara tunai dan secara biasa
saya tidak pernah diberi wang tunai jumlah besar untuk dimasukkan ke dalam bank
tanpa ditemani Zahida. Saya hanya dibayar jumlah RM25,693 untuk pembayaran
ansuran dua buah kereta mewah dan sebuah banglo di Bukit Indah kepunyaan
Zahida.”
Laporan polis
ini telah didedahkan oleh Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin di lobi
Parlimen hari ini. Melalui siasatan Zuraida, terdapat beberapa transaksi yang
dilakukan menteri itu kepada Zahida di antara Oktober 2011 hingga Januari 2012.
“Pada bulan Oktober
2011 sahaja ada dua transaksi iaitu RM36,000 dan RM26,000. Maknanya pada bulan
itu sebanyak RM58,000 tunai yang diambil Noor Azman untuk dimasukkan ke dalam
akaun Zahida Rafik.
Pada November 2011
pula terdapat RM118,000 dan pada Disember
pula terdapat RM333,000. Pada Januari 2012 RM510,000. Kalau saya jumlahkan
kesemuanya ia lebih kurang RM1.4 juta dalam masa empat bulan menteri itu
berikan tunai kepada Zahida Rafik,” katanya.
Zuraidi juga
turut mendedahkan, Zahida mempunyai sebuah kereta mewah jenis BMW 6 Series
,Porshe, Toyota Harrier dan juga rumah
bernilai RM2.9 juta. Persoalan Zuraida, bagaimana menteri itu memperolehi wang
tunai sebanyak itu?
Pada 3 Mac lalu, akhbar
melaporkan Pelakon Zahida Rafik kerugian RM200,000 dilarikan pemandunya selepas
diarah memasukkan wang berkenaan ke dalam akaun banknya. Pelakon kacukan
Melayu-Pakistan itu turut menjadi bahan bualan di laman blog beberapa tahun
lalu apabila digosipkan berkahwin dengan Shafie di luar negara. Kini dilanda
lagi bukan sekadar gossip tetapi laporan polis turut dibuat sebagai balasan
laporan Zahida Rafik yang menuduh pemandu peribadinya melarikan wang RM200,000.
“Sebagai menteri
beliau bertanggung jawab kepada rakyat Malaysia untuk menjelaskan dari mana
sumber wang itu diperolehi untuk diberikan kepada Zahida,” katanya.
“Bagi saya apabila
gosip mengatakan saya dibela oleh VVIP ia satu penghinaan. Saya bukan perempuan
simpanan. Sebagai anak bongsu dalam sebuah keluarga yang berpegang teguh kepada
adat dan agama, ayah tidak membenarkan saya tinggal sendirian
selagi belum berkahwin.” – Ya, kami percaya. Jadi kita tunggu apa komen balas
dari Zahida Rafik dan Pak Menteri ya.
Sumber: OhArtis
No comments:
Post a Comment