Sekumpulan antara 30 hingga 40 individu yang tidak dikenali menyerang perkhemahan mahasiswa di Dataran Merdeka, kira-kira jam 2.30 pagi tadi.
Siapakah kumpulan itu masih belum dapat dikenalpasti. Namun dari segi usia, kelihatan kumpulan itu hampir sebaya dengan kumpulan mahasiswa yang berkhemah di dataran berkenaan.
Rakaman video memperlihatkan kedua pihak termasuk para mahasiswa bertikam lidah selama beberapa minit.
Namun tidak ada sebarang insiden buruk yang berlaku walaupun keadaan kelihatan agak tegang.
Polis yang tiba sejurus selepas kejadian berusaha meredakan keadaan namun menghadapi kesukaran disebabkan jumlah yang terbabit di kedua pihak agak ramai.
Mahasiswa berkenaan adalah sebahagian daripada peserta demonstrasi menuntut pendidikan percuma yang dibuat Sabtu lalu.
Walaupun demonstrasi berkenaan gagal sepenuhnya, namun sebahagian peserta demobertindak menjadikan kawasan dataran umpama milik ibu bapa mereka dengan mendirikan khemah dan enggan berganjak.
No comments:
Post a Comment