Cukup menarik artikel Raja Petra Kamaruddin mendedahkan salahguna kuasa Anwar Ibrahim sewaktu berada dalam UMNO untuk menjatuhkan Tun Dr Mahathir dan Tun Ghafar Baba.
Yang pasti, penyokong tegar Anwar Ibrahim cukup tersentak dengan pendedahan yang dilakukan kerana selama ini Anwar Ibrahim adalah pemimpin paling maksum dan terpelihara dari sebarang dosa, rasuah, kronisme dan nepotisme.
RM 200 juta digunakan untuk menyingkirkan Tun Ghafar Baba dari kerusi Timbalan Presiden UMNO dan RM 445 juta digunakan untuk menjatuhkan Tun Dr Mahathir.
Kesemua wang diperolehi dari proksi, kroni dan sahabat beliau, taikun Cina ... Quek Leng Chan. I help you ... you help me, mantap!
Pada GWM, memang ada asas dakwaan dan tuduhan RPK terhadap Anwar Ibrahim. Asas dan dakwaan yang bukan sahaja telah lama diketahui oleh Lim Kit Siang dan Hadi Awang.
Demi kuasa, Yahudi pun ... Yahudilah, asalkan dapat merampas Putrajaya.
Persoalan paling menarik, siapa lagi yang pernah mendedahkan rasuah jutaan ringgit untuk menyingkirkan Tun Ghafar baba dan Tun Dr Mahathir selain dari RPK?
Dalam Wikipedia, cukup jelas menyatakan Anwar Ibrahim menggunakan kuasa dan pengaruh sebagai Menteri Kewangan sewaktu dalam kerajaan melakukan rasuah dan politik wang untuk menyingkirkan Tun Ghafar Baba.
Begitu juga dengan pendedahan wartawan luar, Ian Stewart melalui buku beliau The Mahathir Legacy: A Nation Divided, a Region at Risk. , bagaimana Anwar Ibrahim melakukan rasuah politik paling kotor dalam sejarah UMNO untuk menumbangkan Tun Ghafar Baba.
(NOTA : Ian Stewart memulakan kerjaya kewartawanan pada tahun 1950-an bertugas sebagai penulis/wartawan Selatan Pasifik untuk New York Times pada tahun 1974, seorang wartawan bebas yang dihormati kini menetap di Singapura. Turut menjadi penulis/wartawan bagi The Australia dan South China Post bagi artikel politik di Malaysia.)
Amat jelas pada tahun 1993 dimana beliau (Anwar Ibrahim) menggunakan rangkaian kawan-kawan, kemahiran sebagai pemidato dan sejumlah wang tunai yang besar untuk mendapatkan sokongan yang cukup bagi merampas kedudukan Timbalan Presiden UMNO dan menggantikan Ghafar Baba.
Menjelang tahun 1990-an politik wang semakin merebak kedalam UMNO, dari cawangan dan bahagian terkecil sehingga kepada barisan kanan parti, dan Anwar menggunakan sepenuhnya politik wang dan sistem naungan untuk kepentingannya.
Manakala pengikut Anwar - seperti yang disaksikan dengan mata kepala saya sendiri (Ian Stewart, penulis buku) dan wartawan-wartawan lain - telah menyerahkan paket wang untuk memperolehi sokongan pemimpin-pemimpin bahagian UMNO dalam kempen beliau menentang Ghafar Baba pada tahun 1993, Anwar telah berjaya mendapatkan sokongan mereka yang berpengaruh dalam parti dan menjanjikan jawatan penting dalam membentuk kerajaan setelah beliau mengambil alih kedudukan Dr Mahathir.
Bagaimana dengan wartawan dan penulis buku politk tempatan yang turut mengetahui nafsu rakus Anwar Ibrahim melakukan rasuah politik wang sewaktu dalam UMNO, namun mendiamkan diri kerana Anugerah Tuhan ini sudah berada dalam kem yang sama.
Dua ekor badut sarkas pembangkang, Ahmad Lutfi Othman dan Mohd Sayuti Omar a.k.a blogger MSO cukup masak mengenai politik wang dan rasuah yang diamalkan oleh Anwar Ibrahim sejak dalam UMNO.
Bak kata Mohd Sayuti Omar dalam bukunya ...
Stail dan budaya Anwar sebagai "budaya untuk membuncitkan perut sendiri". Anwar banyak memikir dan menyusun strategi untuk kepentingan dirinya sehingga mengabaikan tanggungjawab kepada rakyat. Beliau lebih memikir serta mencaturkan macam mana hendak menguasai UMNO, daripada memikir macam mana hendak mengubahkan dasar pendidikan negara yang lebih kemas dan mengikut keredhaan Allah. ... Tindakan Anwar membuat klik dan menyusun kemnya
Anwar dengan skandal kewangan yang didakwa telah dilakukan oleh dua orang kepercayaannya: "Anwar dikatakan lelah menasihat kedua pegawainya itu meletakkan jawatan dalam masa 24 jam. Salah seorang yang dipecat katanya berangkat ke London untuk melanjutkan pelajaran. Kedua orang harapan Anwar ini dikatakan terlibat menipu sebuah syarikat ... yang berjumlah ratusan ribu ringgit.
Berapa lama lagi rakyat perlu berterusan mendengar pembohongan Anwar Ibrahim kononnya mahu menghapuskan rasuah kerana beliaulah Bapa Rasuah & Politik Wang No.1 UMNO suatu ketika dahulu.
No comments:
Post a Comment