AIDCNews – Usaha Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadikan parlimen sebagai medan untuk ‘membersihkan’ dirinya berhubung isu Israel menemui kegagalan apabila seorang Anggota Parlimen Barisan Nasional (BN) membacakan kembali kenyataan penuh Ketua Pembangkang di Wall Street Journal, 26 Jan yang bermaksud Ketua Umum PKR itu sebenarnya menyatakan sokongan mutlak kepada rejim zionis itu.
Anwar dalam keterangannya berusaha keras memberi penekanan kepada maksud ‘contingent’, tetapi Khairy Jamaluddin (BN-Rembau) mencelah fakta yang dikemukakan Anwar bersifat mempertahan diri yang tidak kukuh.
Katanya, Anwar perlu membaca sepenuhnya teks tersebut dan bukannya membaca satu petikan sahaja.
Beliau kemudiannya membaca dua petikan kenyataan Anwar iaitu :“I support all efforts to protect the security of the state of Israel,” said Mr. Anwar, although he stopped short of saying he would open diplomatic ties with the Jewish state, a step which he said remains contingent on Israel respecting the aspirations of Palestinians”
“Maksudnya kenyataan ini ada dua bahagian. Maksud yang disampaikan tadi oleh ketua pembangkang..I support all efforts to protect the security of the state of Israel..tidak ada ‘contingent’..itu bahagian pertama
“Yang ada ‘contingent’ adalah untuk recognize the Jewish State…mengiktiraf kerajaan dan negara Israel. Tetapi soal I support all efforts to protect the security of the state of Israel adalah ‘blanket support‘, sokongan mutlak yang tidak ada ‘contingent’..yang tidak ada syarat..yang diberi secara total kepada kerajaan Israel,” katanya.
2 comments:
de saloh gak..ngaku la saloh...
KJ pun nuar x leh nak jwb ada hati nak jadi PM... hakktuii!
Post a Comment