Ustaz Fauzi : Ancaman pemikiran Liberal Di Malaysia
AIDCNews – Pemikiran liberal bahaya kerana ia muncul dalam pelbagai bentuk sama ada terang-terangan ataupun tidak jelas, kata Ustaz Muhammad Fauzi bin Asmuni, Naib Presiden II Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA).
“Kadang-kadang ia muncul dalam (bentuk) yang tidak jelas, ia muncul yang kita nampak dari segi programnya Islamik, tetapi apabila diteliti, diperhalusi, kita mendapati bahawa ia bukan datang dari falsafah Islam”, katanya.
Menurutnya, liberalisme adalah merujuk kepada satu konsep, iaitu ‘tidak ada kebenaran mutlak’.
“Sebab itu gejala yang berlaku, apabila aktiviti liberalisme ini masuk ke Malaysia adalah pluralisme agama. Orang Islam yang keliru pun menyebut semua agama adalah baik.
“Liberalisme ini akan pergi sampai ke peringkat Al Quran pun boleh diterjemah sesuka hati”, katanya.
No comments:
Post a Comment