Thursday 23 February 2012

VIDEO : BAI'AH PAS...!!!

LIHAT VIDEO BERIKUT KEMUDIAN BANDINGKAN DENGAN BAI'AH CELAKA PAS YANG HADI AWANG KATAKAN ......






SAMA ADA BAI'AH TALAK 3 ATAU CELAKA..... 
SUDAH JELAS SEKARANG NI... YB2 PAS RUPA2NYA TAKUT KEPADA BAI'AH CIPTAAN MEREKA SENDIRI... 
SEBAB ITULAH... TETAP BERSEKONGKOL DGN DAP DAN MENYOKONG ANWAR IBRAHIM YG MENYOKONG ISRAEL..!!!


Orang-orang yang beriman akan bergetar hatinya bila mendengar nama Allah dan akan terasa gerun bila memikirkan dosa. Bukan mudah untuk seorang yang beriman untk menghukum orang lain kerana itu hanya hak Allah semata-mata. Seseorang yang berani menghukum manusia lain dan menetapkan kedudukannya diakhirat adalah seorang yang takbur.

Oleh itu, tindakan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang 'mencelakakan' bakal calon PAS dunia dan akhirat jika mereka menyeleweng dari dasar, cara dan matlamat Islam menunjukkan betapa beliau seorang ulama takbur. Mungkin Haji Hadi Awang harus diingatkan tentang kenapa Datu Dr Hassan Ali dipecat dari PAS. Hassan Ali dipecat kerana beliau telah mengkritik PAS sebagai lari dasar, cara dan matlamat Islam akibat beliau terlalu menjaga hati DAP dan PKR.

Dasar PAS sebelum ini adalah menubuhkan negara Islam. Cara PAS sebelun ini adalah Islam yang rigid, konservertif dan kadangkala ekstrem. Tetapi kini, dasar PAS ialah negara berkebajikan yang mana adalah merupakan campuran konsep antara liberal, komunis dan Islam demi kesinambungan hajat Pakatan Rakyat. Cara PAS kini adalah terbuka, selaras pluralisme dokongan PKR dan lebih 'mesra' Kristian, Buddha dan lain-lain agama. Arak, judi pusat hiburan semuanya dibolehkan dibawah dasar dan cara PAS hari ini walaupun sebelum ini PAS menentang UMNO kerana tidak berjaya menghapuskan semua itu dari bumi Malaysia.

Yang tidak berubah hanyalah matlamat PAS iaitu untuk memenangi pilihanraya melalui apa jua cara. Justeru, Hadi Awang begitu berani mencelakakan mereka yang menyeleweng dari dasar, cara dan matlamat Islam, Maka sesungguhnya Hadi Awang telah mencelakakan dirinya sendiri, terutamanya kerana sebagai Presiden beliaulah yang bertanggungjawab menyelewengkan PAS dari dasarnya yang asal.

Psssstt.. mangkuk-mangkuk PAS masih ingat perjuangan pucuk pimpinan mereka masih betul dari landasan...PIRAHHH MANGKUK..!! - MN

No comments: