Monday 20 February 2012

TIADA SUMBANGAN RM300 JUTA MENYEBABKAN RANCANGAN 16 SEPTEMBER ANWAR GAGAL..!!!!

BEBERAPA pendedahan pengendali portal Malaysia Today, Raja Petra Kamarudin kebelakangan ini menarik perhatian ramai. Terbaru, aktivis pembangkang itu mendakwa kegagalan Anwar Ibrahim merampas kuasa menerusi rancangan 16 September 2008, adalah kerana peranan seorang tokoh perniagaan, John Soh Chee Wen.


Menurut Raja Petra, John Soh enggan menyumbang RM300 juta seperti yang diminta oleh Ketua Pembangkang itu untuk digunakan bagi ‘membeli’ atau sebagai bayaran pendorong kepada 30 Ahli Parlimen.

Anwar merancang untuk membayar RM10 juta kepada setiap seorang bagi membolehkan beliau mengambilalih tampuk pemerintahan negara. Dikhabarkan betapa beliau sangat terdesak berbuat demikian kerana antara lain mahu mengelak daripada perbicaraan kes liwat kedua. Bagaimanapun John Soh yang merupakan sahabat Anwar dan antara pembiaya utama PKR tidak bersetuju kerana ia bercanggah dengan demokrasi. Sejak itu hubungan mereka tidak lagi rapat sebelum John Soh akhirnya meninggalkan beliau.

***Respek pada John Soh... seorang ahli korporat yang masih sangat menghormati amalan demokrasi di Malaysia
Tanpa disedari, peranan beliau cukup signifikan dalam menggagalkan cubaan rampasan kuasa 16 September yang ternyata membelakangkan rakyat. Begitu juga kepada Raja Petra yang berani mendedahkan banyak kepincangan Anwar dan PKR. Seperti menjadi harapan Awang dan ramai lagi warga negara, beliau hanya mahu menyelamatkan Malaysia daripada pemimpin yang tiada kredibiliti dan integriti.

No comments: