Imej di bawah ini dirakamkan pagi tadi di ruang udara negeri Che Siti Wan Kembang."Pesawat Rakyat" TUKAR melintasi ruang udara Kelantan mengucapkan Selamat Pagi kepada seluruh rakyat. Nampaknya kali ini UMNO-BN betul-betul bersungguh-sungguh mahu menyelamatkan rakyat Kelantan daripada terus tertindas di bawah PAS.
Kami juga terdengar desas-desus yang mengatakan peluang untuk menawan Kelantan pada PRU akan datang ini adalah yang paling cerah semenjak tahun 1990. Dan ini semua terjadi di sebalik cakap-cakap besar PAS yang yakin menawan Johor, Perlis dan Melaka.
Kempen menggunakan kapal terbang ini merupakan kali pertama seumpamanya yang pernah dilakukan di negara ini. Ini adalah kesinambungan kempen JOM TUKAR dan Gelombang Merah yang telah dilancarkan sebelum ini. Tahniah BN Kelantan! Anda semua memang cool!
Tabik spring kepada UMNO dan jentera BN Kelantan di atas usaha keras yang sedang anda laksanakan ketika ini. Memang First Class gitu! Harap-harap UMNO Kedah, Selangor dan lain-lain negeri turut bersungguh-sungguh seperti ini.
Lupakan dahulu persengketaan sesama sendiri. Jom Kita Menang DULU!
No comments:
Post a Comment