GERAKSARAF & PERANGSARAF DALAM TRANSFORMASI RAKYAT MENJELANG PILIHAN RAYA UMUM 13
Baru-baru ini, saya ada terbaca sebuah artikel yang saya menyentuh akal dan fikiran saya untuk berfikir. Ada benarnya artikel tulisan Mat Merapu di blog merapusakan.blogspot.com yang merasakan ada beberapa 'variable' penting yang harus diberi perhatian iaitu "war of perception" dan "kecenderungan pengundi siber" dalam menghadapi pilihanraya akan datang.
Apabila kita berbincang mengenai "PERCEPTION", ia amat sinonim dengan operasi Geraksaraf. GERAKSARAF (GS) mengikut definisi tepat membawa maksud:
“Penggunaan propaganda dan tindakan lain yang dirancang untuk mempengaruhi pendapat, emosi, sikap dan tingkahlaku kumpulan sasar pihak sahabat dan golongan berkecuali bagi mencapai matlamat pihak penganjur”
Manakala PERANGSARAF (PS) pula ditujukan khusus kepada pihak seteru atau bakal musuh atau musuh sebagai kumpulan sasarnya.
Maksud “Propaganda” pula sering disalaherti oleh banyak pihak dengan mendakwa bahawa apa yang diperkatakan oleh pihak lawan adalah propaganda dan apa yang diperkatakan sendiri bukan propaganda. Sebenarnya,
"Propaganda adalah sebarang bentuk komunikasi yang digunakan untuk mempengaruhi pendapat, emosi, sikap dan tingkahlaku sesuatu kumpulan sasar bagi memanfaatkan pihak penganjur".
GSPS merupakan antara elemen terpenting dalam transformasi rakyat menjelang PRU 13 kepada BN dan PR kerana GSPS adalah sebahagian daripada komponen Peperangan Informasi dan juga Peperangan Persepsi. Sudah semestinya media baru (siber) menjadi landasan utama untuk penyebaran propaganda sekali gus berlakulah perang propaganda yang bersifat maklumat benar, separuh benar dan pembohongan. Ketiga-tiga kategori propaganda ini pula dicetuskan oleh sumber Putih (identiti sebenar), Kelabu (identiti disamarkan) dan Hitam (Identiti Tidak Dinyatakan).
Nilai keberkesanan propaganda bergantung kepada tema, simbol dan mesej yang tersurat bagi mencapai objektif atau matlamat yang diinginkan yang tersirat. Rancangan GSPS pula berkait rapat dengan kawalan kempen yang terkoordinasi dan menyeluruh. Teras kekuatan Rancangan GSPS turut berlandaskan kepada keupayaan Propagandists dalam menganalisis kekuatan, kelemahan, persekitaran dan susceptibility kumpulan sasar (pemilih berdaftar) supaya ianya berimpak tinggi.
Agenda Setting Plan Dipetik daripada Media Tenor: Strategic Media Intelligence |
Justeru, kemenangan PRU 13 akan berpihak kepada mana-mana parti yang dapat menguasai GSPS khususnya dalam War of Perceptions di kalangan pengundi berdaftar terutama golongan pertengahan (terutamanya di kawasan bandar yang ada kemudahan dan akses kepada Internet!).
No comments:
Post a Comment