Friday, 3 February 2012

DAP GOYANG.... ADA 'SURAT CINTA' RUPANYA.....!!!

Ramai yang tahu akan perbalahan dalam DAP antara  Prof Ramasamy dengan Karpal Singh. Penulis juga pasti semua sedar akan pemimpin India di Pulau Pinang yang menggunakan peluang ini untuk 'menghentam' Prof Ramasamy. Kenapa? Penulis tak pasti. Besar kemungkinan disebabkan ketidakpuasan atas pimpinan Prof Rama yang dikatakan ala diktator dan hanya pentingkan kroni atau mengintai peluang menjadi Timbalan Ketua Menteri!

Lihat gambaran dibawah untuk memahami situasi dalam DAP 


Balik kepada subjek, penulis ingin berkongsi pendapat akan surat yang dihantar oleh YB Rayer kepada Prof Ramasamy baru baru ini :


Ini adalah bantahan sepanjang LIMA muka surat yang dihantar oleh Team A kepada Team B . Isunya mengenai 'Penyelarasan Lagu/Muzik sempena Thaipusam' . Penulis amat tertarik akan perengan terakhir dalam kandungan surat tersebut.



Beliau memnyatakan bahawa
'kerajaan Barisan Nasional sebelum ini menyekat kebebasan penganut Hindu dengan membuat penyelarasan lagu/muzik'
 Betul ke ni YB? kalau betul pun, kenapa sebelum ini tiada seorang pun membuat aduan? tak pernah pula pengendali gerai Thaipusam membuat demonstrasi dihadapan kuil seperti yang YB sendiri nyatakan dalam surat ini? Nak tipu pun agak-agak la .. hahaha!

Dalam suratnya juga, beliau akui bahawa undi kaum India pergi ke tangan Pakatan Pembangkang kerana 'perobohan kuil Hindu di Selangor dan rintihan 'Makkal Sakti'
  
Jadi kebenaran kini keluar dari mulut Pakatan Pembangkang sendiri bahawa kaum India menabur kepercayaan terhadap Pakatan bukan kerana mereka dilihat lebih baik dari BN tetapi seperti apa yang ditulis YB Rayer itu sendiri!

Dari perengan terakhir juga boleh penulis ungkapkan bahawa , Pakatan kini semakin tertekan dengan undi kaum India yang kembali kepada Barisan Nasional. Tiada lagi sentimen kuil yang boleh mereka mainkan kerana Kerajaan Barisan Nasional kini banyak membantu kuil-kuil diseluruh Malaysia. Keadaan menjadi lebih tertekan apabila parti 'Makkal Sakthi' menjadi Pro BN!!

Keadaan menjadi lebih parah apabila kedatangan Anwar, Ketua Umum Pakatan Rakyat ke kuil di Kedah baru-baru ini dibantah sekeras-kerasnya oleh rakyat! :


No comments: