Tuesday 17 January 2012

SMASH KENCANG DAP UNTUK PAS KEDAH....!!!



 PAS MASIH TIDAK FAHAM DAP IS A KING


Penulis-penulis di akhbar Cina sepoerti Chen Sau Ann, di SinChew Daily News melihat Pakatan Rakyat Adakan Konvensyen Di Kedah Bukan Secara Kebetulan, tetapi merupakan satu ketakutan yang amat mendalam kepada Pakatan Rakyat. 

Mereka melihat pemipin-pemimpin dari kalangan DAP, PKR dan PAS juga mengakuinya,bahawa dimana kuasa kerajaan negeri Kedah agak susah untuk dipertahankan.

Menurutnya lagi, Selepas PRU, keempat-empat Menteri besar termasuk ketua menteri punyai cara yang berbeza-beza dalam pemerintahan mereka, polisi yang dibuat tidak sama, terutama sekali di negeri Kedah, agak berbeza dengan yang lain, membuat sesuatu dengan bersendirian, lebih-lebih lagi MB Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razakmembuat kenyataan beberapa kali kepada pihak luar berkata; cara rakyat Kedah agak berbeza, jangan dibandingkan dengan negeri-negeri lain.

Selepas PRU 2008 Pakatan Rakyat di negeri Kedah secara pantas dan mudah dapat memerintah negeri itu, tidak seperti di negeri Perak dan Selangor yang mempunyai masalah dalaman dan tekanan dari luar, yang melibatkan pelbagai kontrovesi barulah dapat memerintah.

Pemerhati Cina DAP melihat berlaku ketidakadilan dalam pemerintahan PAS Kedah. Mereka menulis,selain daripada negeri Kelantan yang dipegang oleh Pas kita tidak perlu sebut, dalam 4 negeri di bawah Pakatan Rakyat selepas PRU 2008 menang mudah di negeri Pulau Pinang, Kedah, Selangor dan Kelantan, kekuatan Pas di negeri Kedah amat besar, dimana selepas diperintah, PKR dan DAP menjadi tunjang telunjuk pengikut kepada merekaterutama sekali DAP, tidak dapat bahagian dalam jawatan exco di kerajaan negeri itu.

Di luar kotak politik, mereka kelihatannya senada. Namun demikian, terbukti mereka tidak setuju dengan cara Nilai-Nilai Islam terlalu ditonjolkan di Kedah. Perhatikan mereka menulis, "Perjalanan di Kedah semakin memihak kepada perjalanan pengislaman, menyebabkan tidak disenangi dan tidak mempercayai oleh orang-orang bukan Melayu, terutama sekali dari kalangan MCA dan Gerakan yang lebih melihat kepada keburukan, dengan itu asyik menghentam keburukan Pakatan Rakyat, merosakan program-program Pakatan Rakyat di negeri Kedah.

Pas melaksanakan polisi-polisi Islam, contohnya nama-nama jalan serta nama-nama perniagaan ditukar kepada tulisan-tulisan jawi.

Mengapa DAP melalui akhbar-akhbar Cina menghentam PAS atau pun menghentam dasar-dasar Islam di Kedah? Mengapa kita perlu mengalah? Apakah PAS atau Melayu PKR pernah mempersoal tindakan Lim Guan Eng menukar nama jalan kepada tulisan Cina di Pulau Pinang? Maka mengapa tulisan Jawi masih dipersoalkan. Ini menunjukkan DAP tidak pernah ikhlas dan tidak pernah menghormati PAS dan umat Islam. Orang Melayu kata, manis hanya di bibir sahaja, tetapi di dalam hati mereka sahaja yang tahu.

Perhatikan komen mereka ini,"...Sebab itu perlaksanaan polisi-polisi yang lain juga mengganggu rakyat di negeri itu, contohnya polisi 50 peratus kuota perumahan  bumiputera, polisi industri hiburan dan industri minuman arak, bergelora tidak tenteram, berkali-kali timbul masalah.

Kemudian DAP melalui akhbar Cina memperlekehkan dasar-dasar Islam, baca lagi di sini, "...Polisi itu bukan sahaja telah menjejaskan penyokong dari kalangan bukan Islam, ia juga boleh mengganggu penyokong-penyokong Pas yang bukan dari kalangan orang Islam, dan juga orang-orang Melayu moden di kawasan-kawasan bandar..."

Sebab itu negeri Kedah kini dalam musim penapaian, telah memberi perhatian kepada rakan-rakan gabungan parti Pakatan Rakyat.Mengapa DAP melalui akhbar Cina menulis tajuk ini, "...Mungkin Kehilangan Pengundi Golongan Pertengahan Atas.."

Peninjau politik melihat dapati mungkin Pakatan Rakyat Kedah akan kehilangan pengundi dari kalangan dan golongan pertengahan atas di kawasan-kawasan bandar, serta penyokong-penyokong pertengahan atas yang menyebabkan Pakatan Rakyat dapat berkuasa sebelum ini, ini yang diperhatikan serius oleh PKR dan DAP.

UMNO yang mempunyai banyak pengalaman dalam menangani pihak lawan, semakin menekan Pas di negeri Kedah, jika Pakatan Rakyat tidak dapat selesaikan isu ini sebelum PRU, dikhuatiri Pakatan Rakyat di dalam keadaan yang membimbangkan, pada bila-bila masa boleh hilang kuasa di negeri itu.

Pakatan Rakyat memilih negeri Kedah sebagai Konvensyen terakhir sebelum PRU, boleh diibaratkan sebagai memperkukuhkan kuasa di situ, supaya dapat basmi masalah dan isu yang timbul di kawasan setempat, yang pertama, cuba kekalkan dan stabilkan kerajaan negeri Kedah, yang kedua supaya unsur-unsur negatif di negeri Kedah tidak merebak ke negeri-negeri lain.

Mymassa seperti juga Tun Daim Zainudin, amat optimis BN boleh memenangi semula negeri Kedah. Sama juga ketika Mymassa dalam lawatan kerja di Kedah tempohari, ketika Mymassa menemuramah mantan MB Kedah Dato' Mahadzir Khalid, bahawa UMNO dan BN mempunyai keyakinan yang tinggi di Kedah.
Mymassa berharap, dengan ulasan ini, para pengundi di atas pagar dan golongan pertengahan di Kedah, agar kembali semula kepada UMNO dan BN. Cukuplah tempoh 4 tahun mereka memerintah, DAp tidak pernah ikhlas, DAP akan selalu mempersoalkan hak orang Melayu dan umat Islam, akhbar-akhbar Cina yang pro-DAP berterus-terang betapa teroknya Kedah di bawah PAS, kerana kononnya mereka (DAP) ditekan dan tidak dapat apa-apa, hatta Exco pun mereka cita-citakan.

DAP adalah alergik dan hantu roket kepada kita umat Islam dan orang Melayu. Sedarlah wahai bangsaku.Contoh terbaru di depan mata, "Kes Dr Hassan Ali, tanpa Tekanan DAP dan PKR, tidak mungkin PAS pecat beliau.

Selanjutnya baca terjemahan di sini :
Sinchew Daily News, Perkara: konvensyen Pakatan Rakyat di negeri Kedah?, Ruangan: dalam negeri m/s 05, Tarikh: 15 Januari 2012 (Ahad),Tajuk: Pakatan Rakyat Adakan Konvensyen Di Kedah Bukan Secara Kebetulan, Penulis Chen Sau Ann/ pengkritik semasa

No comments: