Sudah ada berita yang mengatakan Dr.Rani Osman, ADUN Meru tidak akan dilantik sebagai Exco Hal Ehwal Islam, sebaliknya jawatan yang pernah disandang oleh Hasan Ali itu akan disandang oleh Khalid Ibrahim sendiri.
Portfolio Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam merupakan portfolio yang mempunyai bidang kuasa berbeza.
Justeru, Khalid Ibrahim selaku Menteri Besar Selangor akan membuat pemisahan dengan portfolio Hal Ehwal Islam yang sebelum ini menjadi punca kemarahan DAP akan disandang oleh seseorang yang sangat liberal dan boleh bertolak ansur dengan mana-mana pihak yang tidak menyukai Islam dan umatnya.
Sudah tentulah calon yang paling sesuai untuk portfolio tersebut adalah Khalid Ibrahim sendiri.
Selepas apa yang dilakukan oleh Hasan Ali semasa menjawat jawatan berkenaan, kesemua tindakannya menyebabkan Pakatan dimarahi oleh para pengundi bukan Islam mereka. Pengaruh Katholik dan Evangelist dalam DAP sememangnya tidak dapat dinafikan walaupun dakwaan tersebut cuba dinafikan oleh kepimpinan tertinggi DAP seperti Lim Guan Eng dan bapanya, Lim Kit Siang.
Bukan lagi satu perkara rahsia bagaimana DAP mendapat sokongan kuat daripada penggiat-penggiat dan aktivitis Katholik serta Kristian. Pendedahan tentang kegiatan pemurtadan akan memberikan imej yang sangat buruk kepada gerak kerja Evangelist yang telah diperkatakan semenjak sekian lama, tetapi tidak ada sebarang keberanian dari pihak berkuasa Islam untuk melakukan pendedahan atau memperkatakannya secara terbuka apatah lagi menghantarkan bukti untuk dinilai oleh masyarakat Islam dan masyarakat Malaysia secara keseluruhannya.
Apabila ‘tugas’ berkenaan diambil oleh Hasan Ali, sudah tentulah dia menjadi sasaran utama DAP yang mempunyai kuasa yang cukup besar dalam Pakatan Rakyat Selangor. DAP telah melakukan desakan dan akhirnya, Hasan Ali berjaya dipecat oleh PAS.
Dan apabila Hasan Ali dipecat dari PAS, secara automatik, jawatan yang disandangnya yang membolehkan JAIS membuat serbuan dan melakukan pendedahan seperti dalam kemelut DUMC-JAIS, turut gugur.
Memandangkan portfolio tersebut tidak boleh dimansuhkan begitu sahaja, Khalid Ibrahim selaku kepala pentadbiran perlu melakukan sesuatu yang lebih ‘bijak’. Seorang Exco Hal Ehwal Islam perlu dilantik dari kalangan mereka yang akan tunduk, akur dan mengangguk-angguk apabila mendapat arahan sepertimana yang dilakukan oleh Lim Guan Eng di Pulau Pinang dengan melantik Malik Kassim, seorang yang diketahui tidak mempunyai latar belakang pendidikan agama, tetapi mempunyai kapasati dan keupayaan untuk sentiasa mengiakan apa sahaja perintah Lim Guan Eng.
Tidak ada calon yang lebih baik di Selangor kecuali Khalid Ibrahim sendiri. Fobia dengan perlantikan orang seperti Hasan Ali, tidak akan mendorong Khalid Ibrahim untuk melantik Rani Osman walaupun Rani Osman merupakan salah seorang penyokong tegar Anwar Ibrahim yang sanggup menggadaikan apa-apa sahaja, hatta akidahnya sendiri untuk tujuan tersebut.
Namun Rani Osman juga merupakan seorang yang terpaksa patuh kepada sebarang ketetapan pimpinan PAS Pusat yang sudah tentu tidak akan sanggup kehilangan sokongan teras mereka, iaitu Melayu-Islam yang ingin melihat Islam sebagai kemuncak perjuangan parti berkenaan.
Kalau benarlah khabar angin yang mengatakan Khalid Ibrahim sendiri yang akan mengambil atau menyandang portfolio Exco Agama Islam Selangor selain portfolio Adat Istiadat Melayu, tentunya ia berita yang amat mengerikan kepada umat Islam dan orang Melayu di Selangor.
Sebabnya, umat Islam dan orang Melayu di Selangor sudah dapat melihat bagaimana BAIKNYA HATI Khalid Ibrahim terhadap umat agama lain dan kaum lain selain Melayu, tetapi sangat bersikap keras terhadap orang Melayu sebagaimana yang ditunjukkan dalam kes kuil Hindu di Seksyen 9 Shah Alam dan Kampung Sungai Terentang di Rawang berbanding surau dan Madrasah di Kampung Melayu Rawang serta Kampung Sungai Kerandang yang diduduki oleh seratus peratus Melayu, kini telah dimusnahkan sepenuhnya oleh pentadbirannya.
Sumber:Klik sini
No comments:
Post a Comment