Tuesday, 31 January 2012

MEMANG BENAR MALAYSIA AKAN BANKRAP!!!!... JIKA PKR PERINTAH NEGARA..!!!

ramonTan Sri Ramon Navaratnam, Pengerusi Pusat Kajian Dasar Awam, Institut Strategik dan Kepimpinan Asia (Asli), berkata membuat kesimpulan bahawa Malaysia akan bankrap berdasarkan hakikat bahawa hutang kerajaan berbanding nisbah keluaran dalam negara kasar (KDNK) semakin meningkat dalam beberapa tahun kebelakangan ini, adalah kenyataan yang mengelirukan.

"Jika sesuatu tidak dilakukan untuk mengawal hutang yang semakin meningkat ini, memanglah perkara ini sesuatu yang serius, tetapi mana-mana kerajaan yang bertanggungjawab akan mengambil langkah-langkah seperti mana yang dilakukan oleh kerajaan yang ada sekarang untuk mengurangkan hutang, nisbah hutang berbanding KDNK serta defisit belanjawan," katanya kepadaBernama.

Dakwaan oleh Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) baru-baru ini bahawa nisbah hutang kerajaan berbanding KDNK semakin meningkat saban tahun. 

Navaratnam berkata sudah difahami bahawa pinjaman perlu dibuat untuk meneruskan pelaburan kerajaan dalam sekolah, hospital, jalan raya, landasan kereta api, lapangan terbang dan prasarana-prasarana utama lain.

"Diharapkan, hutang (yang ditanggung) yang telah dilaburkan untuk membiayai kemudahan-kemudahan prasarana ini akan menghasilkan pulangan pelaburan yang berdaya maju dan merangsang pertumbuhan ekonomi.

"Apabila KDNK meningkat dan hutang berkurangan, nisbah hutang berbanding KDNK akan lebih baik," tegas beliau.

Dengan menjadikan seseorang yang diserang selesema sebagai analogi, Navaratnam berkata: "Jika seorang itu tidak mengendahkan selesema itu, tidak mengambil ubat, tidak mengambil langkah-langkah untuk melawan selesema itu dan tidak membina kekuatannya, penyakit itu mungkin melarat dan menjadi radang paru-paru.

"Sesiapapun yang rasional akan mengambil langkah-langkah yang perlu untuk sembuh daripada selesema itu dan mencegah penyakit lain.
"Inilah juga cara ekonomi bertindak," kata beliau.

Navaratnam menegaskan, ada kalanya ekonomi Malaysia mengalami tekanan yang hebat, khususnya sekarang, daripada kesan sampingan prestasi lemah ekonomi di AS, Eropah dan Jepun.

"Kita tidak perlu merasa cemas dengan dakwaan tentang negara menjadi bankrap, kerana ini tidak benar," tegas beliau.

Setiausaha Bahagian Ekonomi dan Antarabangsa Kementerian Kewangan,  Dr Sundaram Annamalai, pada bulan Oktober tahun lepas telah berkata yang kerajaan komited untuk memastikan nisbah hutang berbanding KDNK berada di bawah 55 peratus menjelang 2020.

"Kita mahu pastikan yang ia tidak melebihi 55 peratus pada 2020," kata beliau pada majlis Dialog Pasca-Belanjawan 2012 yang dianjurkan oleh Persatuan Ekonomi Malaysia.

"Di bawah Model Ekonomi Baru, kita sepatutnya membawa ia hampir kepada keseimbangan, tepat menjelang 2020," kata beliau.

Nisbah hutang berbanding KDNK kerajaan persekutuan untuk 2011 dijangka sekitar 53.8 peratus dan 54.8 peratus tahun ini.

Menjawab pertanyaan yang sama, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop pada hari Ahad telah menolak dakwaan serupa yang menyatakan negara akan menjadi bangkrap menjelang akhir dekad ini, sambil menambah yang ia adalah permainan politik pihak pembangkang dalam usaha menakutkan orang ramai.

Beliau berkata perbelanjaan domestik telah meningkat setiap tahun.

"Jika orang ramai mempunyai kebimbangan terhadap kerajaan, mereka tidak akan berbelanja.
"Tetapi, ia berlaku sebaliknya. Perbelanjaan domestik meningkat setiap tahun.
"Orang ramai tidak takut untuk berbelanja kerana mereka tahu negara ini amat progresif,"
 kata beliau.

Nor Mohamed berkata sejak mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, rakyat telah menikmati taraf hidup yang lebih baik dan seseorang itu tidak seharusnya melayan dakwaan yang negara akan bankrap.

Beliau berkata sejak beberapa tahun lepas, kerajaan telah memperkenalkan pelbagai strategi untuk meningkatkan tafa kehidupan rakyat dan ekonomi negara menerusi pelbagai program, dan yang terbaru, antaranya, ialah Program Transformasi Ekonomi dan Program Transformasi Luar Bandar.  mymassa

No comments: