Bagaimanapun, Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini mengeluarkan kenyataan menafikan khabar angin tersebut.
PDRM melalui laman sosial Facebook berkata, khabar angin tersebut adalah tidak berasa sama sekali.
“Khabar angin yang mengatakan bahawa Ketua Polis Negara telah meninggal dunia di London adalah tidak berasas sama sekali.
“Beliau (Ismail) dalam keadaan baik dan berada di sana (London) bagi lawatan kerja bersama Polis United Kingdom,” menurut kenyataan yang dimuat naik pada pukul 9 pagi ini.
Berikutan penafian tersebut, rakan laman sosial PDRM bertindak mengecam pihak yang menyebar khabar angin tersebut.
Pada masa sama, mereka juga berdoa supaya Ismail berada dalam keadaan sihat dan dipanjangkan umur untuk terus memimpin PDRM. – mynewshub.my
No comments:
Post a Comment