Thursday, 26 January 2012

FITNAH ISTERI PM : PEMBANGKANG MUFLIS MODAL....SELEPAS KANTOI...KANTOI LAGI....!!!

Salah satu dari teknik propaganda yang terkenal adalah card stacking atau dalam bahasa mudahnya pemilihan fakta. Maknanya yang buat propaganda itu tidak terang semua, tetapi memilih yang mana sesuai untuk dijadikan bahan bagi balun subjek yang dijadikan sasaran.
Macam itulah gayanya portal dan blog pembangkang buat kempen memburukkan isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor. Nak balun PM tidak ada isu, hendak lawan kehebatan kerja tak terdaya, nak bersaing cara 'jantan' tidak mampu, makanya guna pintu belakang. Mencampur-adukkan fakta dan realiti serta dibesar-besarkan oleh kilang fitnah yang berkerja 24 jam sehari.
Kisah Rosmah berbelanja sakan kat luar negara ini bukan propaganda baru, sudah berkali-kali pembangkang cuba dengan berbagai cara dan seringkali gagal bila maklumat demi maklumat diperolehi kemudiannya.
Macam cerita cincin RM24 juta, serta kisah Rosmah dan anak perempuanya shoping sakan semasa ikut rombongan PM ke Australia semasa Sidang Kemuncak Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel tahun lepas.
Kedua-duanya cerita tersebut 'mati' selepas informasi sebenar didedahkan, antaranya tak ada anak perempuan PM yang ikut ke Australia masa itu.
Memang akhbar asing yang lapor itu minta maaf, tapi apakah 'damage" yang terlekat pada Rosmah berikutan fitnah itu hilang? sudah tentu tidak.
Pembangkang menggunakan medianya untuk menyebar pembohongan dengan melaporkan fakta-faktar terpilih dan memburukkan pemimpin kerajaan.
Tapi biar pembohongan mereka didedahkan, dengan 'selamba mat enon' mereka ubah ke isu lain pulak, dengan pembohongan yang lain pulak.
Pada Rabu, pereka fesyen Sydney, Carl Kapp terpaksa buat satu kenyataan media bagi menjawab pembohongan pembangkang dalam kisah Rosmah berbelanja lebih kurang RM325,000 di butik milik beliau dalam satu lawatan peribadi bulan lalu.
Modus operandinya sama, akhbar Sydney Morning Herald dalam satu kolum gosipnya siar tulisan Andrew Hornery yang memetik sumber dari blog frockwriter.com.
Berita itu tidak disahkan oleh sesiapa, gosip saja, kemudian diangkat dan dilambung oleh portal pro pembangkang kat Malaysia. Berita semacam itu disensasikan dan komen-komen pemimpin pembangkang diminta.
Sementara blog, FB, twitter milik penyokong pembangkang tolong sebar cerita tak belum disahkan itu dan akhirnya bila ramai orang bercakap, maka empunya badan terpaksa membuat penjelasan.
Bila buat penjelasan dan disiarkan oleh media arus perdana, terpaksa buat background story, maka tersebarkan cerita yang 'Rosmah nafi belanja mewah.'
Sedangkan menurut pemilik butik, Rosmah datang ke kedainya secara rombongan dan membeli belah untuk Festival Fesyen Islam yang mana Rosmah merupakan penaungnya.
"Saya tidak pernah saya membuat apa-apa rujukan khusus kepada jumlah yang dibelanjakan di kedai saya.
"Pihak Datin Seri Rosmah datang ke kedai kami dalam kumpulan yang agak besar, dan semasa lawatan mereka, ahli-ahli parti, termasuk rakan-rakan dan pengerusi dan penganjur Festival Fesyen Islam telah membuat pelbagai pembelian.
"Saya percaya Datin Seri Rosmah adalah penaung bagi Festival Fesyen in Islam," katanya.
Rosmah pada Isnin berkata beliau menjadi mangsa dakwaan beliau berbelanja boros tersebut  "liar dibesar-besarkan,".
"Sila berlaku adil kepada saya," kata Rosmah.
Kapp menafikan bahawa mendedahkan jumlah yang dibelanjakan pelanggannya, seperti yang telah dinyatakan dalam blog fesyen Frockwriter dan kolum 'Private Sydney' kelolaan Andrew Hornery dalam akhbar Sydney Morning Herald.
kapps-statement"Saya ingin menjelaskan bahawa dalam kenyataan saya mengenai kunjungan pelanggan kehormat tersebut, saya tidak pernah membuat apa-apa rujukan khusus kepada jumlah yang dibelanjakan di kedai saya," kata pereka fesyen tersebut.
Kapp, juga menafikan laporan konon beliau akan diterbangkan ke Malaysia semata-mata untuk faedah Rosmah.
"Ini juga tidak tepat. Lawatan ke bahagian-bahagian Asia, termasuk Malaysia, bagi tujuan pemasaran saluran untuk barangan dan mendapatkan bahan-bahan untuk produk akan datang sebahagian tetap kalendar kerja saya dan dalam urusan perniagaan biasa.
"Ia adalah pandangan kami bahawa barang itu telah tidak adil diberi gambaran bahawa penubuhan Carl Kapp tidak berhati-hati dan bersedia untuk mendedahkan maklumat peribadi dan swasta tentang pelanggan kami," tambah beliau.
Walaupun isu ini boleh dikira selesai dengan kenyataan pemilik butik sendiri. Tapi percayalah, dua tiga hari lagi, pembangkang akan main isu ini dari sudut lain pulak, dan jentera pembohongan yang bekerja 24jam akan sebarkan.
Motifnya, hendak lawan kehebatan kerja PM dan Barisan Nasional tidak mampu, pembangkang tidak boleh tawarkan apa-apa kepada rakyat. Kecuali membuat isu memburukkan PM, UMNO, BN dan kilang-kilang fitnahnya akan bekerja keras untuk menyebar-luaskan 'dosa' tersebut.
rosmah-capp513

No comments: