Friday 6 January 2012

AWAS!!! 10 POSITIF HIV SETIAP HARI...



Surirumah Melayu paling berisiko hidap virus berbahaya


Kira-kira 10 rakyat Malaysia dikesan HIV positif setiap hari dengan surirumah terutama Melayu berisiko lebih lima kali ganda dijangkiti Human Immunoidifley Virus (HIV) akibat hubungan seksual berbanding pekerja seks yang mengamalkan seks selamat sepanjang masa bertugas.

Berdasarkan statistik Unit Kawalan Penyakit, Jabatan Kementerian Kesihatan pada 1986 hingga 2010, sebanyak 91,362 rakyat Malaysia dijangkiti HIV dengan 3,291 orang daripadanya surirumah berbanding 593 pekerja seks.

Selain itu, seramai 725 kakitangan kerajaan turut dijangkiti diikuti pelajar (312), badan beruniform (698), nelayan (3,399), pekerja industri (6,048), sektor swasta (1,500), pemandu (2,261), tidak bekerja (16,320) dan lain-lain pekerjaan (30,507).
Jangkitan HIV berdasarkan setor
Surirumah
3,291
Pekerja seks
593
Pelajar
312
Badan beruniform
698
Nelayan
3,399
Pekerja Industri
6,048
Sektor swasta
1,500
Pemandu
2,261
Tidak bekerja
16,320
Lain-lain pekerjaan
30,507
Jumlah
91,362
http://laman-seri.blogspot.comDI SINI


Mengikut pecahan kaum, seramai 65,235 daripada keseluruhan pesakit HIV berbangsa Melayu, diikuti Cina (13,283), India (7,190), Bumiputera Sabah (760), Bumiputera Sarawak (2,267), lain-lain (496), bangsa asing (1,596) dan tidak diketahui (535).

Pecahan kaum dijangkiti HIV
Melayu
65,235
Cina
13,283
India
7,190
Bumiputera Sabah
760
Bumiputera Sarawak
2,267
Lain-lain
496
Bangsa asing
1,596
Tidak diketahui
535



Presiden Majlis Aids Malaysia (MAM), Tan Sri Zaman Khan berkata, demografik kajian menunjukkan wanita berisiko dijangkiti HIV bukan disebabkan kecuaian sendiri, sebaliknya jangkitan menerusi hubungan kelamin tidak selamat bersama suami.

“Wanita tidak mampu berbincang dengan suami untuk mengamalkan seks selamat mahupun menggunakan kondom sekaligus takut bertegas dan dipukul apabila melakukan hubungan tanpa penetrasi bersama suami. Apabila kita lihat statistik, sangat menyedihkan, wanita terutama surirumah di kawasan luar bandar menjadi mangsa kerana kekejaman suami sendiri. Kesan bukan hanya kepada isteri tetapi anak juga menerima kesan sosial apabila ibu bapa sakit,” katanya.


No comments: