Bukan berlaku di Malaysia.... tetapi apa bezanya jika ia berlaku di Brazil???
Bayi itu tetap makhluk Allah......
Brazil – Bayi berkepala dua yang berkongsi jantung, paru-paru dan hati yang dilahirkan di Brazil, kini dilaporkan sihat. Bayi lelaki seberat 4.5 kilogram dan mempunyai dia otak itu dilahirkan menerusi pembedahan di sebuah hospital di Anajas, negeri Para di utara Brazil.
Keputusan imbasan menunjukkan, walaupun bayi itu mempunyai dua kepala yang sempurna, dia mempunyai satu jantung dan semua organ pentingnya berfungsi secara normal.
Menurut doktor, bayi berkenaan sihat dan kedua-duanya sudah mula berfungsi secara normal.
Bayi berkenaan diberi nama Emanoel dan Jesus oleh ibunya, Maria de Nazare.
Menurut pengarah hospital Santa Casa, Neila Dahas, pihaknya mencadangkan kaedah pembedahan selepas imbasan yang dilakukan mengesan kandungan itu adalah kembar namun mempunyai dua kepala.
Ia juga bagi menyelamatkan nyawa ibu dan bayi berkenaan.
Ibu bayi berkenaan merupakan Wanita berusia 25 tahun yang tinggal di kawasan pedalaman Para, tidak menjalani pengimbasan ultra- sound sepanjang kehamilannya dan hanya mengetahui mengenainya beberapa minit sebelum melahirkan kandungannya pada awal pagi Isnin lalu.
Pengarah hospital, Claudionor Assis de Vasconcelos, memberitahu akhbar O Povo, wanita berkenaan mengambil keputusan untuk ke hospital kerana mengalami sakit perut yang ter
“Di sebalik masalah yang kita hadapi terutama kelengkapan yang kurang di hospital ini, kita berjaya menyelamatkan ibu dan bayi tersebut.
“Bagi kami, ia merupakan satu kejutan besar apabila mendapati bayi berkenaan dilahirkan sihat,” katanya.
Kelahiran bayi kembas siam sering berlaku namun kelahiran melibatkan bayi yang mempunyai dua kepala amat jarang berlaku di dunia.
Ia merupakan kelahiran kedua seumpama ini di Brazil, namun dalam kes pertama, bayi tersebut meninggal dunia selepas satu kepala mengalami kekurangan oksigen apabila satu lagi kepala meninggal dunia.
Dalam sesetengah kes, apabila bayi mempunyai kepala, otak di salah satu kepala akan mengalami proses perkembangan yang perlahan bagi menyelamatkan nyawa bayi berkenaan.
Namun dalam kes ini, Emanoel dan Jesus mempunyai dua otak, sekali gus menyukarkan doktor untuk membuat keputusan sama ada akan membuang kepala itu atau tidak.
“Jika kedua-dua kepala bayi itu mempunyai otak, bagaimana kita hendak memilih kepala mana yang akan dibuang.
“Kita tidak mempertimbangkan untuk melakukan pembedahan dan pada masa ini kita hanya akan melihat perkembangan serta pertumbuhan bayi itu ” kata Neila.
Sekurang-kurangnya 14 kes yang sama berlaku dalam kelahiran bagi tempoh 200 tahun.
Ini tiada kaitan dengan politik, dan jangan mempolitikkan gambar bayi ini dengan mengatakan cytroo maya telah meng'edit' ataupun 'super impose'......kot tak caya gak, pi check kat hospital tu....
No comments:
Post a Comment