AIDCNews – 22/12/11 – “Dialog dengan mahasiswa malam ini”, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam twitternya, 3 jam lalu ketika membalas twitter @FaezuddinPuad yang menyeru agar Ketua Umum PKR itu terus berjuang dan dia akan terus berada di belakang, menyokongnya.
Kenyatan Anwar itu merujuk kepada iklan yang disiarkan di laman peribadinya 18 Disember lalu yang menyeru anak muda khususnya mahasiswa menyertai program dialog bersamanya di rumah kediaman peribadinya, 11 Jalan 3/61 Bukit Segambut, 51200 Kuala Lumpur.
Program itu anjuran kelab penyokongnya, AIC (AnwarIbrahimClub) bersama Angkatan Muda PKR.
Minggu lepas sudah ada gerakan menggunakan mahasiswa untuk membuat huru hara, namun gagal.
Adam Adli, budak Anwar dihijack ke dalam gerakan mahasiswa underground Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) ditugaskan membuat provokasi dengan menurunkan bendera Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abd. Razak dan diganti dengan ‘Flag of Academic Freedom‘
Semua ini provokasi untuk menarik perhatian umum dan sekaligus mengangkat Adam yang bukan pemimpin pelajar menjadi ‘hero’.
Jangan terperangkap dengan provokasi yang dirancang itu, tetapi dalam masa sama patut dibendung dengan bijaksana.
Aktifkan Sel
Pertemuan Anwar dengan anak muda malam ini sebagai susulan untuk terus mengaktifkan sel-sel. Mahasiswa, satu sel, sebelum ini diaktifkan sel Majlis Peguam dengan ‘Walk For Freedom’, sel LGBT (Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender) dengan Pesta Tahunan Seksualiti Merdeka yang kesemuanya adalah rentetan daripada perhimpunan haram, BERSIH 2.0, 9 Julai.
Blogger GA mengistilahkan sel-sel ini sebagai ‘Free Anwar Campaign Ke-2‘ (FACK).
“Ada yang masuk dalam Ops FACK1, Ops FACK2, KVG (Klang Valley Groups), SMM901, INSKA-UMNO Reform, ABIM-Alliance dan sebagainya.
“Masing-masing disaran untuk maintain sekurang-kurannya 50 ahli group di dalam BBM (Whatapp applications) masing-masing. Amat tersusun”, lapor blog itu.
Lapornya lagi, NGO ABU (Asal Bukan UMNO), pimpinan Chegu Bard dijadikan landasan untuk memulakan arus perjuangan kerana anak saudara Anwar itu sebelum ini sudah terkenal sebagai ikon demontrasi jalanan.
Chegubard atau nama sebenarnya Badrul Hisham Shaharin adalah aktivis PKR yang tewas bertanding Ketua AMK PKR kini mengetuai Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) yang dianggap sebagai penaung gerakan pelajarunderground, SMM.
Anwar tahu, dalam mana-mana sejarah revolusi, mahasiswa adalah salah satu kompenan yang bakal diperalatkan.
Jadi di sinilah terletaknya kepentingan gerakan pelajar underground SMM akan akan membangkitkan isu kebebasan akademik dan kebebasan pelajar (AUKU).
Revolusi Bunga Raya
Istilah ini disebut oleh Anwar sendiri dalam dialog dengan profesional muda di Petaling Jaya, 10 Julai lalu.
Pertemuan dengan profesional muda itu diatur selepas sehari perhimpunan haram BERSIH 2.0.
Portal The Malaysian Insider melaporkan dalam dialog itu Anwar tidak menolak kemungkinan akan diadakan satu lagi perhimpunan selepas Bersih 2.0.
“Kami belum membincangkan perkara itu, tetapi kami tidak menolak opsyen-opsyen kami”, katanya.
Portal itu turut melaporkan Ketua Umum Pakatan Rakyat tidak menolak akan berlaku satu revolusi yang dipanggil sebagai ‘Revolusi Bunga Raya’.
Adakah 9hb Januari 2012 merupakan titik kemuncak? Tidak. Revolusi Bunga Raya sudah bermula sejak Reformasi 1998. Apakah tujuan Revolusi Bunga Raya ini? Ianya hanya bertujuan menajamkan konflik sesama sendiri di peringkat kepimpinan tertinggi UMNO sahaja. Hanya melalui konflik sahaja barulah Anwar Ibrahim mampu membersihkan UMNO dari semua anasir-anasir yang anti kepada nya.
Apakah cara terbaik meneutralisasikannya? Cara terbaik meneutralisasikan perancangan Anwar Ibrahim ialah:-
- Kepimpinan Tertinggi wajib berlaku JUJUR sesama sendiri.
- Tidak begitu cenderung bersifat APOLOGETIK
- Mengekang segala MUSANG BERBULU AYAM.
- Tidak mengkhianati AMANAH Presiden UMNO
- Menghapuskan sistem hirarki kepartian
Melakukan pertembungan dan pemujukan kepada golongan mahasiswa di IPT tidak akan berjaya samasekali melainkan kumpulan sasaran yang disebutkan di atas tadi melakukan perkara-perkara di atas.
Kekuatan musuh bukan terletak kepada demonstrasi jalanan tetapi kepada impak yang dicetuskan oleh demonstrasi tersebut ke atas kepimpinan negara. - JAS SALLEH
No comments:
Post a Comment