Friday 9 December 2011

SEJAK BILA PAS PRIHATIN MASALAH ORANG MELAYU..???!!!


Dewan Pemuda PAS Kawasan Titiwangsa (DPPK Titiwangsa)  mendakwa tindakan kerajaan meluluskanRang Undang-Undang Perbadanan Pembangunan Kampong Baru 2011 menunjukkan kerajaan Barisan Nasional tidak prihatin terhadap kepentingan orang Melayu.

Ketuanya, Mohamad Suhaimi Abdul Aziz mendakwa, kerajaan telah membuat keputusan secara terburu-buru tanpa berbincang secara mendalam terlebih dahulu dengan penduduk kampung tersebut.
Malah, dakwanya, kepentingan penduduk kampung seperti dikebelakangkan sehingga suara-suara mereka yang menentangnya ditenggelamkan oleh kuasa Parlimen.
“Justeru DPPK Titiwangsa merasakan wajarlah penduduk kampung bersama SPKB membantah keputusan ini dengan cara menghantar memorandum kepada Sultan Selangor bagi usaha menyelamatkan kampung mereka,” dakwanya melalui satu kenyataan media hari ini.
Mohamad Suhaimi seterusnya mendakwa, isu Kampung Bharu adalah isu besar yang melibatkan kepentingan rakyat kerana ia mewakili orang Melayu di Kuala Lumpur.
Dakwa beliau, isu Kampung Bharu menjadi kayu ukur atau ‘study case’ terhadap nasib orang Melayu Kuala Lumpur dan menjadi pengajaran bahawa mereka tidak layak tinggal di kota besar seperti Kuala Lumpur dan tempat mereka hanya di kampung-kampung di pedalaman.
Beliau mendakwa, kika ada orang Melayu yang mampu hidup di Kuala Lumpur mereka tidak berhak mendapat tanah sebaliknya mereka hanya layak duduk di Projek Perumahan Rakyat (PPR) yang disediakan.
“Orang Melayu di kampung-kampung lain sekitar Kuala Lumpur juga tidak boleh merasa selamat dengan kedudukan mereka sekarang kerana bila-bila masa tanah tempat mereka tinggal boleh diambil atas pelbagai alasan,” dakwanya lagi.
Pada 5 Oktober lalu media melaporkan Rang Undang-Undang Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu 2011 diluluskan malam ini melalui undi belah bahagian dengan menyaksikan jumlah penyokong kerajaan yang bersetuju jauh melebihi daripada undi menentang.
Dalam proses pengundian tersebut, undi penyokong kerajaan berjumlah 72 undi manakala undi pihak pembangkang sebanyak 28 undi. – mynewshub.my

No comments: