Wednesday 7 December 2011

DENDAM KESUMAT TERHADAP UMNO.. NIK AZIZ UMUM NK TANDING DLM PRU13..!!!!



 Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menasihatkan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat supaya segera bersara daripada arena politik memandangkan Menteri Besar Kelantan itu sudah terlalu lama menyandang jawatan tersebut.


KLIK DI SINI


Nik Aziz, 80 terlibat dalam politik dan bertanding pada 1967 di Pengkalan Chepa, sudah 44 tahun menjadi wakil rakyat, tetapi sehingga ke hari ini masih tidak ada pelan peralihan kuasa dan pengumuman Nik Aziz baru-baru ini bahawa beliau akan bertanding dalam PRU 13  menampakkan betapa dendam kesumat beliau  terhadap UMNO tidak pernah padam walaupun dalam usia 80 tahun. 




Portal Perak Today pula melaporkan Nik Abdul Aziz, 80, berkata tidak ada sebab untuk beliau berundur seperti desakan beberapa perwakilan semasa Perhimpunan Agung Umno baru-baru ini.
“Insya-Allah saya akan bertanding lawan Umno. Saya tak kisahpun orang sebut nama saya pada perhimpunan itu,” katanya  kepada pemberita di sini, kelmarin.
Beliau menjadi Menteri Besar Kelantan selepas pilihan raya umum 1990. Pada pilihan raya umum 2008, beliau mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri Kelantan kawasan Chempaka mengalahkan calon Barisan Nasional Datuk Dr Nik Mohd Zain Omar dengan majoriti 4,249 undi.
Nik Aziz ternyata cakap tidak serupa bikin.

"Jika Mahathir letak jawatan hari ini, esok saya juga akan letak jawatan." Itu merupakan ungkapan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika beliau beria-ia mendesak Mahathir letak jawatan tetapi selepas hampir 10 tahun Mahathir berhenti Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan masih kekal di sini.

Apakah itu satu janji? Jika janji apakah hukumnya jika dimungkiri?. Hari ini, Nik Aziz yang sering uzur dan lanjut usia mengumumkan untuk terus bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-13 ini.

No comments: