Tuesday 27 December 2011

BN BAWA PELABUR...PR BAWA...?????

Inilah hasil usaha Kerajaan BN yang berjaya mengekalkan ekonomi Malaysia masih di tahap yang kompetitif.

FDI: Tarikan M'sia meningkat ketara

Tarikan Malaysia sebagai satu destinasi pelaburan langsung asing (FDI) telah meningkat dengan ketara pada 2011, demikian menurut penilaian terbaharu yang diumumkan oleh konsultan pengurusan, AT Kearney.

Walaupun kajian itu, yang dikenali sebagai "Senarai Indeks Pelaburan Langsung Asing 2011" didominasi oleh tiga ekonomi - China, India dan Brazil - Malaysia mempamerkan peningkatan dari kedudukan ke-21 kepada ke-10 menjelang akhir tahun ini.

Negara Asia Tenggara yang lain yang kedudukannya meningkat ialah Singapura (dari ke-24 ke ke-tujuh) dan Indonesia (dari ke-20 ke ke-sembilan).

Negara yang mencatatkan kedudukan terbaik ialah China, India dan Brazil yang melepasi Amerika Syarikat (AS) di segi tarikan destinasi FDI, kata AT Kearney.

Hampir separuh responden yang dikaji selidik menyatakan tinjauan positif bagi Brazil (46 peratus) berbanding 2010. Lebih sepertiga bagi India (37 peratus) dan China (34 peratus).

China kekal pada kedudukan pertama pada Indeks itu.

Para pelabur mengkaji untuk mengambil kesempatan dari pasaran pengguna dan industri perkhidmatan sesebuah negara serta peningkatanya di atas rantauan nilai di dalam sektor teknologi.

India menggantikan AS di tempat kedua dan Brazil meningkat ke kedudukan ketiga, kata Eksekutif Kanan di AT Kearney.

AS merosot ke kedudukan ke-empat selepas mengalami krisis hutang, yang mengejutkan para pelabur, manakala Jerman menjadi penjana utama ekonomi Eropah, berada pada kedudukan kelima pada senarai indeks itu.

Rakan dan Pengarah Urusan Eropah tengah AT Kearney Martin Sonnenschein berkata perubahan paradigma itu berlaku berikutan perubahan kuasa ekonomi dari Barat ke Timur.

"FDI kini beralih dari negara perindustrian utama ke ekonomi baru muncul," kata AT Kearney.

Berikutan peningkatan pada senarai indeks berkenaan, Malaysia dijangka muncul sebagai tapak pelaburan utama yang menawarkan 500 juta pengguna di rantau Asean.

- Bernama

Kalau ada pencacai pembangkang nak berhujah bahawa ianya kerana PKR pegang Selangor dan DAP pegang Penang, korang tunjuk je video ini kepada mereka.



Jangan lupa tunjuk yang ini sekali.





*Sebab kenapa Dr. Hasan Ali marah sangat pada PAS Selangor. Maksiat menjadi-jadi bila mereka bekerjasama dengan syaitan DAP dan PKR.
MyMassa

No comments: