Penduduk dalam kariah Masjid Al-Falah, Taman Desa Jaya gempar dengan penemuan sembilan kepala babi yang diletakkan di dua lokasi di masjid itu dalam tempoh 48 jam.
Ada pihak yang ingin melihat keharmonian negara tergugat, dan buat macam-macam cara supaya rakyat berbilang kaum dan agama di negara ini yang hidup aman damai 'terguris'.
Itu kesimpulan mudah yang dapat dibuat berikutan penemuan sembilan kepala babi di dua buah masjid sekitar Johor Bharu pada Khamis dan Jumaat. Berbagai pihak mewakili kaum-kaum yang berkepentingan meluahkan rasa kesal dan geram dengan perbuatan biadap tersebut.
Bahkan pihak polis menubuhkan satu pasukan khas yang diketuai oleh pegawai kanan polis Johor bagi menyiasat segera dan mencari dalang kejadian tersebut sampai dapat. Sementara orang ramai diminta bersabar dan menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa.
SUMBER SELANJUTNYA.... DI SINI
No comments:
Post a Comment