Sunday, 27 November 2011
HASAD DENGKI PUAK PAS..!!!!
Idris Ahmad, AJK PAS Pusat mengatakan bahawa pemberian RM100 adalah umpan politik BN. Memberikan wang RM100 kepada murid dan pelajar sekolah adalah satu kerja yang menyusahkan guru dan ibu bapa. Mengapa tidak sebut sekolah yang dibina oleh kerajaan itu sebagai umpan politik? Kenapa tidak sebut guru-guru sekolah yang dibayar oleh kerajaan BN itu juga sebagai umpan politik? Kenapa beri buku teks itu juga adalah umpan politik?
Sekolah agama pun turut dibantu BN. Mana bantuan dari PAS?
PAS hanya pandai kritik, kritik dan kritik dan mencacai....
Hujah Idris Ahmad tersebut adalah amat dangkal sekali. Sewajarnya PAS tidak perlu mempolitikkan hak yang telah diberikan kepada murid dan pelajar sekolah oleh pihak kerajaan. Wang RM100 itu bukan memilih warna politik hijau, biru, biru muda dan roket. Semua layak dapat. Kalau hendak kata umpan, mengapa tidak PAS berikan sahaja wang tambahan untuk pelajar sekolah di negeri yang diperintah oleh PAS sendiri? Usah pertikai perkara yang baik, berfikirlah secara rasional. Carilah modal lain kalau hendak membangkang sekalipun.
Penulis : Jika hati sudah di takungi oleh hasad dan dengki.... maka akan tersebarlah hasutan.... kerana yg sebenarnya, puak2 PAS ni tak ada perkara yg berfaedah utk diberi kepada rakyat.....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment