Thursday 10 March 2011

PAS TIADA AGENDA MAHU TUBUHKAN NEGARA ISLAM....





Kenyataannya:


Di dalam peringatan mesyuarat ke 6 Jawatankuasa Kerja Agung PAS bertarikh 22 Januari 1986, diminitkan seperti berikut :

Perkara 5.5 – Terdapat cadangan supaya PAS menerima kerjasama/bantuan dari orang-orang yang bukan Islam.

Setelah menerima pandangan dari Dewan Ulama’ Kelantan dan dibincangkan secara teliti, maka mesyuarat bersetuju:

5.5.1 – PAS sama sekali tidak boleh/dilarang bekerjasama dengan mana-mana pertubuhan yang bukan Islam.

5.5.2 – PAS boleh/harus menerima bantuan/kerjasama dari individu-individu yang bukan Islam.

Nik Aziz hadir di dalam mesyuarat tersebut sebagai Ketua Dewan Ulama dan Pesuruhjaya PAS Kelantan. Menurut salah seorang saksi yang hadir di dalam mesyuarat yang bertempat di Markas Tarbiyyah PAS Pusat, Taman Melewar, Nik Aziz menentang kerjasama dengan DAP dan mana-mana Parti Politik yang tidak ‘Islamik’ berdasarkan ‘ketinggian’ ilmu agamanya.

Pandangan Nik Aziz itu konsisten dengan pendirian lampau PAS berdasarkan kenyataan pada 3 April 1982 yang di buat oleh Yang DiPertua PAS ketika itu, Dato’ Asri Che Muda yang pernah menafikan pendedahan Timbalan Presiden UMNO Musa Hitam bahawa wujud ‘unholy alliance’ antara PAS-DAP.

Daripada pegangan tersebut maka timbullah fatwa-fatwa seperti berikut:-

“Orang-orang Islam yang berkongsi dengan orang-orang kafir untuk memerintah negara, menjadi kafir atau haram.” Hukum Dewan Ulama PAS Kelantan, Ogos 1993.

Oleh yang demikian, Nik Aziz menghalalkan penumpahan darah menentang UMNO yang dianggapnya sebagai kafir kerana bekerjasama dengan MCA, MIC, Gerakan dan lain-lain parti yang diterajui oleh bukan Islam dari Sabah dan Sarawak dengan berkata,

“Jika melawan UMNO tiba-tiba meninggal dunia, maka kita dikira mati syahid,” kata Nik Aziz di dalam kuliahnya di masjid Kg. Pulau Melaka.

Begitulah tegasnya Nik Aziz dan begitulah juga tegasnya pimpinan-pimpinan PAS lain di dalam menentang kerjasama dengan Parti-Parti Politik Bukan Islam.

Tetapi di dalam kerakusan mereka untuk mempertahankan tampuk kuasa dan di dalam kerakusan mereka menubuhkan Kerajaan Pusat di peringkat persekutuan, Nik Aziz dan pemimpin-pemimpin PAS sanggup menjadi ‘Pok Kor’ angguk yang akan mengangguk-anggukkan kepalanya sepanjang masa kepada DAP yang merupakan parti terbanyak perwakilan di parlimen bagi Pakatan Rakyat.

Inilah peragai Nik Aziz dan pemimpin-pemimpin PAS yang sanggup menjilat kata-kata mereka sendiri dan sanggup menggadaikan apa juga prinsip perjuangan demi undi dan kuasa. Mereka sedang diuji oleh Allah dengana kuasa sehingga terlupa perjuangan sebenar untuk menegakkan negara Islam dan menguatkuasakan hukum hudud.

Nik Aziz dan pemimpin-pemimpin PAS terbukti sudah gagal membersihkan diri mereka sendiri, oleh itu masanya sudah tiba untuk PAS dibersihkan dari luar sebelum ianya memudaratkan kredibiliti PAS sebagai sebuah parti yang membela Islam dengan penuh ikhlas.

Bagi ahli PAS yang setia dan sayangkan parti, harapan saya agar sesuatu dapat dilakukan segera sebelum rakyat hilang kepercayaan dan PAS hilang kedudukannya di parlimen dan dibeberapa negeri.

No comments: