Showing posts with label KEMBALI KE RAHMATULLAH. Show all posts
Showing posts with label KEMBALI KE RAHMATULLAH. Show all posts

Monday, 30 July 2012

KETUA POLIS SELANGOR SAHKAN SYALEZA MATI DIJERUT....


Polis Sahkan Syaleza Mati Dijerut

SHAH ALAM – Ketua Polis Selangor, Tun Hisan Tun Hamzah mengesahkan punca kematian eksekutif pentadbiran wanita stesen televisyen TV9, yang mayatnya ditemui di kediamannya di Apartment Saujana, Damansara Damai pada Sabtu, adalah akibat lehernya dijerut.
Beliau berkata laporan bedah siasat ke atas mayat Syaleza Jaffar, 31, di Hospital Sungai Buloh menunjukkan mangsa mati akibat tidak boleh bernafas dan terdapat kesan jerutan di sekeliling leher mangsa.

'Sabar duhai hati'..STATUS TERAKHIR BB EKSEKUTIF TV9 SEBELUM MENINGGAL...


"Sabar duhai hati", adalah status BlackBerry (BB) terakhir yang sempat dicatat seorang Eksekutif Pentadbiran sebuah stesen televisyen swasta, Syaleza Jaffar, 31, sebelum ditemui mati dalam bilik di kediamannya di Apartmen Saujana, Damansara Damai, dekat sini, kelmarin.


Kejadian disedari setelah suaminya terdengar bunyi dentuman kuat, lalu bertindak pecahkan pintu bilik selepas  panggilannya tidak terjawab.

Menurut sumber, pasangan itu bertengkar kira-kira jam 7 malam, menyebabkan mangsa merajuk dan mengunci dirinya di dalam bilik.
“Suami mangsa menghubungi ambulans yang tiba jam 10.30 malam. Pemeriksaan lanjut mendapati dia telah meninggal dunia,” katanya.

Difahamkan jiran mangsa juga terdengar bunyi pertengkaran beberapa jam sebelum kejadian. Ia berkemungkinan berpunca daripada suami mangsa pulang lewat dari kerja luar kawasan.

Pasangan berkenaan mempunyai seorang anak lelaki berusia dua tahun dan menyewa di situ sejak tiga bulan lalu.

Suami mangsa yang bekerja di syarikat petroleum di ibu kota, buat laporan dan memberi keterangan kepada polis.

Mayat Syaleza dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk dibedah siasat.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed mengesahkan kejadian itu.

"Peringkat awal kes diklasifikasikan mati mengejut, namun siasatan diteruskan sama ada terdapat unsur jenayah atau tidak,” katanya ~ Sinar Harian

Monday, 20 February 2012

LATIFF IBRAHIM KEMBALI KE RAHMATULLAH... AL-FATIHAH

Penyanyi Dan Pelakon Terkenal 70-an, Latiff Ibrahim Meninggal Dunia

Penyanyi Dan Pelakon Terkenal 70-an, Latiff Ibrahim Meninggal Dunia

penyanyi dan pelakon era 70-an, Latiff Ibrahim telah meninggal dunia di Institut Jantung Negara, di sini pada pukul 5.50 petang tadi akibat komplikasi jantung.
Jenazah beliau akan dibawa ke Taman Keramat, Kuala Lumpur untuk urusan pengkebumian.
Siapa tidak kenal penyanyi ‘bersuara jantan’ yang cukup dikagumi sewaktu era kegemilangannya.
Allahyarham yang berusia 62 tahun ini turut menghidap kencing manis dan paru-paru.
Beliau dimasukkan ke IJN pada Sabtu lalu.
Selain menyanyi, Allahyarham juga aktif berlakon dan membintangi lebih 15 buah filem termasuklah Hapuslah Air Matamu, Dendang Perantau, Sumber Ilhamku dan Ragam Pemandu.
Filem terakhir Allahyarham ialah 4 Madu arahan A.Razak Mohaideen yang diterbitkan pada tahun 2010.
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya.
A-Fatihah