Showing posts with label KEMATIAN. Show all posts
Showing posts with label KEMATIAN. Show all posts

Monday, 6 October 2014

MENINGGAL DUNIA SEHARI SELEPAS MEMELUK ISLAM, SEHARI SEBELUM AIDIL ADHA.... AL-FATIHAH....


JOHOR BAHRU 4 Okt. - Seorang wanita berusia 20 tahun yang dipercayai baru memeluk Islam, maut selepas kenderaan yang dinaikinya bersama tiga rakan lain terlibat dalam satu kemalangan awal pagi ini di Kilometer 15, Jalan Labis-Yong Peng, Batu Pahat.

Sunday, 15 July 2012

PELAJAR PINTAR MATI TERGANTUNG, TINGGALKAN NOTA


FOTO: Pelajar Tingkatan Lima Ditemui Mati Tergantung

KULIM – Seorang pelajar tingkatan lima ditemui mati dalam keadaan tergantung di tapak medan selera yang tidak lagi diusahakan, kira-kira jam 7.30 pagi, kelmarin.
Mayat pelajar berkenaan ditemui penduduk Taman Selasih yang kemudiannya menghubungi polis. Ketua Balai Polis Kulim, Asisten Superintendan Mohd Azlan Abd Kadir berkata, ketika ditemui mangsa memakai baju T dan seluar seragam sekolah.
Dari siasatan awal dijalankan mendapati, sebelum ini mangsa bersekolah di Lunas bagaimanapun terpaksa berpindah ke Kulim.
“Mangsa berusia 17 tahun dan masih bersekolah di tingkatan lima. Mayat mangsa ditemui oleh orang awam dalam keadaan tergantung di mana lehernya terjerut dengan tali nilon.
“Ketika pemeriksaan dijalankan terhadap mayat mangsa, polis turut menemui sekeping nota yang ditulis mangsa di atas singki berdekatan dengannya, ” katanya.
Menurutnya, dalam nota itu bertulis, ‘tiga nama ini harus berada di hari pengebumian saya’ mayat mangsa kemudiannya di bawa ke bilik Forensik Hospital Kulim untuk bedah siasat.
Hasil maklumat waris mangsa, mangsa merupakan seorang pelajar pintar dan disenangi keluarga.
Mohd Azlan berkata, keputusan bedah siasat menunjukkan mangsa mati tergantung dan polis tidak menemui sebarang perlakuan jenayah terhadap mangsa dan mengklasifikasikan kematian mangsa sebagai mati mengejut. (Sinar Harian)

Tuesday, 10 July 2012

BERMAIN KOMPUTER BOLEH AKIBATKAN MATI MENGEJUT...???

Mati Mengejut

Seorang mahasiswa jurusan biologi di ‘National University of Singapore’ telah dijumpai mati setelah semalaman bermain permainan komputer.

Saturday, 9 June 2012

MENUJU PERJALANAN TERAKHIR........ MATI ITU PASTI....


Setiap daripada kita akan merasai apa yang sering mahu dihindarkan oleh manusia iaitu kematian. Biar di ceruk mana kita berada, biar di dasar laut mana kita sembunyi, kematian adalah satu hal yang pasti.

Segala perkara yang kita lakukan di dunia ini belum pasti jadinya, kecuali satu hal yakni kematian. Bezanya antara setiap manusia itu adalah waktunya. Adakah ia datang sebentar sahaja lagi atau mungkin setahun lagi atau boleh jadi lama lagi. Kita tidak tahu waktu yang pasti saatnya akan tiba.

Kita tidak perlu mengucapkan yang kita tidak mahu meninggal di awal usia kerana masih belum bersedia, kerana hakikatnya kita sering tidak bersedia. Mereka yang bersedia adalah mereka yang sering mengingati akan datangnya kematian.

Hidup ini penuh dengan ketidakpastian namun mati itu adalah sesuatu yang sudah pasti terjadi. Ðisebabkan terleka dengan kesibukan dunia, maka kita sering terlupa untuk menyediakan bekal kehidupan yang tidak berteman, tanpa saudara dan jauh pula dari harta.

Apa yang ada di samping kita, ketika itu hanyalah bekal yang kita siapkan, sama ada cukup atau tidak, itu bukan persoalan kerana kita juga tidak tahu apa yang dikatakan cukup itu. Apa yang pasti adalah, adanya bekalan. Bekalan yang perlu kita sediakan bukan hanya setiap hari, bahkan setiap saat. Saat datangnya kematian maka terbukalah segala hijab.

Jika kita sombong mengatakan yang kita bersedia, pada saat itu terjawablah segalanya. Kita mungkin memilih jalan yang salah. Kita mungkin terpesona dengan apa yang ada di sisi. Pesan seorang guru, sehebat mana kita di dunia, sedalam mana ilmu yang kita pelajari, ketahuilah bahawa di saat kematian menjelma, banyak perkara tidak terjangka boleh berlaku. Maka katanya lagi, jauhilah kesombongan dengan mengingati saat yang bakal datang itu.

Tersalah langkah ketika ‘pulang’

Terdapat dua perkara yang membuatkan kita tersalah langkah dalam kembali pulang kepada-Nya. Pertama, sebab musabab yang datangnya daripada kita sendiri. Kita tidak menitikberatkan kedatangan malaikat maut.

Bagi kita, dalam usia yang muda, kebarangkalian untuk pergi dahulu itu lebih kecil. Tetapi kita mungkin terlupa yang malaikat maut tidak mengira tahap umur. Ðia akan datang mengikut jadual yang ditetapkan, tidak kurang walau sesaat dan tidak pula lebih walau sesaat.

Mungkin benar dikatakan bahawa umur adalah kadar nafas. Angka hanyalah satu simbol kematangan fikiran tetapi umur nyawa terletak pada rangkaian nafas. Apabila nafas terhenti, maka di situ titik nyawa.

Apabila kita dapat bernafas, maka panjanglah umur nyawa sedetik lagi. Memahami hakikat itu, maka kita perlu mensyukuri nikmat setiap saat, bukan hanya pada ketika kita gembira mendapatkan sesuatu.

Kedua, adalah sebab musabab dari mereka yang berada di sisi. Bagaimana yang dikatakan orang-orang di sekeliling kita menyebabkan kita tersalah jalan ‘pulang’? Tahukah kita, secara tidak sedar, kita yang menghantar mereka dalam perjalanan terakhir ini sering merosakkan perjalanan mereka.

Mereka yang sudah berada dalam lorong perjalanan terakhir seakan tahu waktunya semakin hampir. Tetapi mereka mungkin juga tidak memikirkan akan hal perjalanan mereka kerana memikirkan mereka yang bakal ditinggalkan pergi.

Mereka mungkin memikirkan bagaimana kehidupan seseorang yang dikasihi itu apabila mereka tidak lagi berada di sisi. Fikiran mereka berada di lorong perjalanan terakhir tentang kehidupan mereka yang dikasihi ini menjadikan satu hijab tebal antara mereka dan Allah SWT.

Menyesali tingkah laku
Ketahuilah, mereka sudah nampak jalan untuk kembali tetapi dek sikap kita yang hidup ini menyebabkan mereka alpa untuk ‘pulang’. Mereka risau tentang kehidupan orang yang dikasihi nanti, sedangkan orang yang dikasihi tidak pula memikirkan kelangsungan perjalanan terakhir ini dengan lancar.

Lancar bermaksud mereka pulang dalam husnul khatimah. Mereka pulang dalam keredhaan Allah SWT. Pernahkah kita terfikir yang kita juga bertanggungjawab dalam membantu perjalanan terakhir orang yang kita kasihi? Jika benarlah kita ingin mereka pulang dengan sempurna, maka janganlah kita jadikan diri kita ini hijab antara dia dan Tuhannya.

Jangan biarkan mereka risau tentang kehidupan yang mereka tinggalkan. Jangan biarkan mereka sedih dengan perlakuan kita hingga jalan yang tadinya terang kini kelam. Akhirnya mereka pulang dalam kecelaruan.

Adakah itu tanda kasih sayang kita yang hidup terhadap mereka yang pergi? Adakah setelah perjalanan terakhir sampai ke destinasi baru kini menyesali setiap tingkah laku yang menyebalkan mereka yang pergi hingga perginya tidak seindah yang diminta?

Bagi kita yang masih hidup, kita masih boleh memperbaiki diri tetapi bagi mereka yang sudah bertukar alam, apa sahaja bekalan itu sahajalah yang ada. Justeru, kita perlu menginsafi diri agar perjalanan terakhir kita berlaku dengan lancar dan kita tidak pula membuatkan perjalanan terakhir orang yang kita kasihi, kucar kacir.

Jika kita menjadi penyebabnya, maka mahukah kita apabila saat kita tiba nanti, orang lain menjadi penyebabnya hijab kita pula. Hidup ini cukup mudah tetapi kita yang menyukarkannya. Kita hanya perlu menjadi hamba Allah SWT yang taat dan kerja sebenar kita hanyalah beribadah kepada Allah SWT yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Kita menyusahkannya apabila kita mengecilkan skop ibadah itu hanya pada ibadah khusus serta ritual tertentu, sedangkan ibadah dan kehidupan itu seiring.

Semoga kita melengkapi perjalanan terakhir dengan sempurna dan kembali kepada-Nya dengan penuh kecintaan.


Firman Allah SWT :

[7:179] Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk isi neraka Jahanam kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai.

Hadis Rasulullah SAW:

Dari Abu Hurairah r.a., dari Rasulullah SAW., sabdanya: "Siapa yang tasbih tiga puluh tiga kali, tahmid tiga puluh tiga kali, takbir tiga puluh tiga kali, jadi jumlahnya sembilan puluh sembilan kali, kemudian dicukupkannya seratus dengan membaca: "La ilaha illallahu wahdahu la syarikalahu lahul mulku wa lahul hamdu wa huwa 'ala kulli syai-in qadir. Maka diampuni Allah segala kesalahannya, walaupun sebanyak buih di lautan." (Hadis riwayat Muslim)