Showing posts with label ISRAEL. Show all posts
Showing posts with label ISRAEL. Show all posts

Friday, 20 July 2012

APA KE JADAHNYA FAKTA KE 21 TENTANG ISRAEL YANG PERLU ANDA TAHU....!!!


20 Tambah 1 Fakta Tentang Israel
Yang Anda Perlu Tahu

1. Selain bangsa yahudi, bangsa lain dilarang membeli atau menyewa tanah di Israel.

2. Setiap bangsa yahudi yang ada di setiap Negara di seluruh dunia menjadi warga negara Israel secara automatik. Sementara warga Palestin yang lahir di tanah negerinya sendiri sejak puluhan abad yang lalu diusir ke luar Palestin.

3. Penduduk Palestin yang menetap di kawasan Israel harus menggunakan kenderaan dengan cat dan warna khas untuk membezakan antara bangsa yahudi dan non yahudi.

4. Israel membahagikan 85% air bersih hanya untuk bangsa yahudi dan membahagikan 15% lebihannya untuk seluruh penduduk Palestin yang menetap di kawasan Israel. Secara realiti, Israel memberikan 85% air bersih hanya untuk 400 penduduk yahudi di Hebron, sementara 15% sisanya dibahagikan kepada 120 ribu penduduk Palestin di daerah itu.

5. Amerika terus memberikan bantuan ketenteraan kepada Israel sebanyak 1.8 billion US$ setiap tahun. Dan tahukah anda bahawa jumlah sebesar itu sama dengan sumbangan Amerika kepada seluruh Negara di benua Afrika.

6. Pemerintah Amerika telah menekan Kongres tentang pelanggaran Israel dalam penggunaan senjata yang mereka sumbangkan. Khasnya pada tahun 1978, 1979 dan tahun 1982 pada perang di Lebanon dan penggunaan senjata nuklear pada tahun 1981.

7. Sebelum berdirinya Israel pada tahun 1948, sudah memiliki industri pengembangan senjata nuklear.

8. Panglima Tinggi Perang Israel mengakui secara terang-terangan bahwa tentera Israel membunuh semua tahanan perang Palestin tanpa proses pengadilan.

9. Israel meletupkan tempat kediaman Diplomat Amerika dan menyerang kapal perang Amerika Liberty di perairan internasional pada tahun 1967. Walaupun serangan itu telah mengorbankan 33 tentera Amerika dan mencederakan 177 lainnya, tetapi Amerika sama sekali tidak melakukan tindakan apapun terhadap Israel. Hanya dengan alasan bahawa tentera Israel salah sasaran. Bayangkan kalau serangan itu dilakukan oleh Negara Islam.

10. Israel merupakan negara yang paling banyak mengabaikan resolusi PBB. Jumlah resolusi yang diabaikan oleh Israel telah 69 kali. Bayangkan seandainya satu Negara Islam mengabaikan 1 resolusi PBB, apa yang akan dilakukan oleh Amerika...???

11. Sejak tahun 1988, semua industri dan pejabat di Israel hanya boleh menampalkan iklan jawatan kosong dengan perkataan: “kerja kosong hanya untuk bangsa yahudi”, “dicari seorang pekerja dengan syarat bangsa yahudi”.

12. Kementerian Luar Negeri Israel membayar 6 syarikat media Amerika untuk menunjukkan imej positif Israel kepada masyarakat Amerika dan Eropah.

13. Perdana Menteri Israel pertama David ben Gorion sepakat dengan langkah pengusiran secara paksa seluruh bangsa arab dari Israel.

14. Paderi besar di Israel Ofadya Yosef yang juga pengasas Parti Syas (parti terbesar ketiga di Israel) menyokong aksi tentera Israel untuk menghabiskan warga Palestin? Bahkan ia mengeluarkan fatwa radikal pada hari raya paskah (Israel) yang lalu dalam wawancaranya di sebuah jaringan radio terbesar di Israel:

“Tuhan akan membalas semua kejahatan warga arab, Tuhan akan menghancurkan keturunannya, menghabisinya dan menghancurkan tanahnya dan Tuhan akan membalas mereka dengan siksaan yang pedih. Kerena itu dilarang semua bangsa Yahudi untuk memberikan rasa kasih sayang kepada warga arab, dan wajib bagi setiap yahudi untuk menembak rifel dan senjatanya ke arah dada dan kepala setiap warga arab untuk menghabiskannya, kerena mereka itu makhluk yang jahat dan terkutuk"

15. Pelarian Palestin adalah terbesar di dunia.

16. Penduduk Kristian Palestin bersatu dengan penduduk Islam Palestin untuk melawan penjajah yahudi.

17. Walaupun Israel terus mengganggu proses belajar dan mengajar dan merosakkan seluruh prasarana pendidikan penduduk Palestin, tetapi penduduk Palestin tetap menjadi negara terbesar di dunia yang penduduknya bergelar doktor. Apabila dilihat dari jumlah peratus penduduknya.

18. Israel terus melakukan berbagai usaha untuk menghancurkan Masjid Al Aqsa dan Qubah Shakhrah sejak 50 tahun yang lalu dengan menggali bawah tanah masjid tersebut agar runtuh dengan sendirinya.

19. Presiden Afrika Selatan Nelson Mandela pernah mengatakan bahawa Israel adalah negara rasis dan apartheid seperti keadaan Afrika Selatan sebelum dia memimpin.

20. Orang Yahudi berjalan bebas di kawasan Palestin tanpa rasa takut sedangkan orang Palestin diawasi dengan ketat oleh tentera Israel.

21. “I support all efforts to protect the security of the state of Israel” : Anwar Ibrahim.


Teman forward dari blog PISTOL NAKAL

Wednesday, 28 March 2012

PEMUDA PAS TAK SEHALUAN DENGAN HADI AWANG..???



Sebelum ini, Presiden PAS, Hadi Awang telah berkata bahawa bekerjasama dengan bangsa Yahudi terutama dalam bidang perniagaan adalah dibenarkan.


Baca... DI SINI


Namun... Pemuda PAS pulak memberikan pendapat sebaliknya....



AIDCNews – 27/03/12 – Ketua Dewam Pemuda PAS pusat Nasrudin Hasan berkata fatwa semasa hari ini kebanyakan mengharamkan berurusniaga dengan Yahudi, walau apa fahaman yang mereka anut termasuk zionis.
“Ulama’ telah banyak memberikan fatwa haram berkait urusniaga semasa dengan Yahudi Israel secara umumnya seperti Dr Yusuf al Qaradhawi, kerana asasnya keseluruhan Yahudi Israel telah melakukan satu jenayah besar ke atas Ummat Islam dan ianya masih berlarutan sehingga hari ini.
“Fatwa haram urus niaga dengan Yahudi Israel Zionis ini dibina oleh para alim ulama’ berasaskan kesan dan perkembangan politik dan ekonomi ummat Islam antarabangsa apabila setiap ringgit atau dollar yang mengalir ke Israel melalui apa jua bentuk urusniaga dengan mereka menghasil sebutir peluru yang telah dan bakal menembusi jantung ummat Islam Palestine yang sedang berjuang mempertahan aqidah dan membebaskan tanahair mereka”, katanya dalam blognya, eperjuangan.com.
Menurutnya pada asalnya hukum berurusniaga dengan Yahudi adalah harus kerana Rasulullah saw pernah mempratikkannya satu ketika dahulu, namun dalam perkembangan semasa hari ini, Yahudi yang membunuh ummat Islam Palestin, merampas tanah mereka dan menubuhkan negara haram Israel atas penderitaan dan kesengsaraan ummat Islam di sana, maka haram berurus niaga dengannya.
Apatah lagi perihal Yahudi itu sudah termaktub dalam Al Quran.
“Sementara kedudukan Yahudi secara umumnya di mata ummat Islam telah disebut secara jelas di dalam Al Quranil Karim. Bagaimana dendam dan semangat permusuhan mereka terhadap Islam yang didedahkan oleh Allah swt.
“Kamu akan dapati golongan yang sangat tinggi kadar permusuhan mereka terhadap orang – orang beriman ialah Yahudi dan mereka yang mempersekutukan Allah swt. ”
“dan sekali – kali tidaklah Yahudi dan Nasara Redha terhadap kamu sehingga kamu mengikut cara hidup mereka ”
“Banyak ayat seperti ini di dalam Al Quran dan ia adalah pendedahan serta peringatan Allah swt kepada ummat manusia, khasnya kepada ummat Islam terhadap sikap dan bahaya yang dicetuskan oleh Yahudi berasaskan latar belakang dan sejarah mereka yang sering menipu, khianat, mungkir janji dan berdendam, biar apa pun fahaman yang dianut oleh mereka di sepanjang zaman termasuklah faham zionisme yang sememangnya telah mengisytiharkan protokol mereka yang jelas dan nyata memusuhi serta memerangi ummat Islam”, katanya.
**** Apa sudah jadi..??? Mana satu yang betul ni..???
           

Kiri  - simbol yahudi, tengah - simbol zionis dan kanan - simbol israel >>> APA BEZANYA???

Saturday, 17 March 2012

PRESIDEN PAS MALUKAN KETUA PEMBANGKANG..???!!!!!

Sebelum ini Anwar Ibrahim, kepimpinan pakatan pembangkang dan para bloggers pro-pembangkang beria-ia mengaitkan kewujudan perniagaan di antara Malaysia dan Israel.

Biar pun isu tersebut telah dijawab dengan fakta, mereka masih berdegil dan terus mengelirukan rakyat. Segalanya itu semata-mata untuk menghalalkan kenyataan kontroversi Anwar Ibrahim yang menyokong keselamatan negara Israel.

Hari ini Anwar Ibrahim, kepimpinan pembangkang dan bloggers pro-pembangkang menerima tamparan hebat lagi memalukan apabila Hadi Awang, Presiden PAS sendiri berkata bahawa kerjasama dengan bangsa Yahudi terutamanya dalam bidang perniagaan dibenarkan!

Anda baca di sini :


SHAH ALAM 17 Mac – Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, kerjasama dengan bangsa Yahudi, terutama dalam bidang perniagaan adalah dibenarkan tetapi ia adalah terhad kepada kaum itu sahaja dan bukannya dengan fahaman zionis.

"Pendekatan kita (ialah) boleh bekerjasama dan berniaga dengan bukan Islam (termasuk Yahudi) tetapi ia mestilah terhad kepada kaum itu sahaja dan bukannya dengan fahaman Zionis ,” katanya dalam sesi soal jawab pada majlis makan malam bersama Pemimpin Pas anjuran Dewan Muslimat Pas Malaysia di sini, malam tadi.

Abdul Hadi berkata demikian ketika menjawab soalan yang dikemukakan oleh seorang pimpinan Pas yang mengajukan soalan berhubung proses perhubungan antara kerajaan Pas ataupun pakatan pembangkang untuk memisahkan hubungan perniagaan dengan bangsa Yahudi sekiranya menguasai kerajaan persekutuan suatu hari nanti. – BERNAMA.
Sikap putar belit dan double standard kepimpinan parti pembangkang amat dikesali. Dalam masa yang sama, apakah kepimpinan pembangkang dan bloggers mereka berani meminta maaf kerana memburuk-burukkan parti lawan dengan isu yang telah dinyatakan oleh Presiden PAS sendiri? - MiM