Showing posts with label BUAYA. Show all posts
Showing posts with label BUAYA. Show all posts

Wednesday, 22 August 2012

BUAYA BAHAM TUAN


ABIDJAN  - Seorang pemelihara buaya terkenal, Toke Dicko, maut akibat dibaham haiwan tersebut, di sini semalam.

Dalam kejadian yang berlaku di tasik sekitar Yamoussoukro itu, Dicko maut ketika cuba bergambar dengan haiwan terbabit sebagai tarikan pelancong.

"Buaya tersebut membaham mangsa dan menariknya ke dalam air. Mayatnya masih belum ditemui sehingga kini," kata Gabenor Yamoussoukro, Augustin Thiam. - AFP

Friday, 20 July 2012

'BUJANG SENANG' RAKSASA, DITANGKAP KERANA PECAHKAN REKOD DUNIA

SEEKOR buaya air masin telah berjaya ditangkap di Bunawan, Agusan del Sur, di dalam kepulauan Filipina. 100 orang dan sebuah kren terpaksa digunakan untuk menarik naik buaya 'raksasa' itu dari muara sungai kecil!


Buaya yang dinamakan sempena nama seorang pegawai kerajaan yang terbunuh dalam usaha menangkapnya, Lolong berukuran panjang 20.24 kaki (6.17 meter) dan beratnya lebih dari satu tan. Reptilia gergasi ini berjaya memecahkan catatan Rekod Dunia Guiness kerana buaya terbesar yang pernah ditangkap sebelum ini yang berukuran 17 kaki dan beratnya tidak sampai 1 tan.

Datuk Bandar, Edwin Cox Elorde berkata, “Perasaan kami berbaur, antara kebanggaan sebagai bukti tempat kami kaya dengan biodiversiti dan kebimbangan jika bukan seekor Lolong saja yang berada di sekitar kepulauan ini."

Lolong kini menjadi tarikan utama di taman ekologi Bunawan, dan membantu bandar itu mengaut 3 juta pesos (US$72,000) setakat ini. Kebanyakan wang tersebut digunakan untuk membeli makanan buaya dan pengurusan taman itu.

Setiausaha Alam Sekitar & Sumber Asli Filipina, Ramon Paje berkata, pengiktirafan oleh Rekod Dunia Guinness akan turut membantu meningkatkan kesedaran penduduk tentang peri-pentingnya penjagaan alam sekitar.



<  PUTRAJAYA ONLINE

Friday, 29 June 2012

'BUJANG SENANG' MASIH UJUD...???


Buaya Bujang Senang Masih Hidup ? Legenda seekor buaya dikenali dengan nama Bujang Senang yang pernah mengganas di Sarawak sekitar tahun 1980-an dan 1990-an dikatakan masih mendiami Sungai Batang Lupar, Sri Aman.
Perkara itu diceritakan oleh pawang buaya tersohor dari Betong, Indet Sanabong, 49, yang mendakwa melihat kelibat buaya sepanjang hampir enam meter tersebut pada Ogos 2004.
Menurutnya, ciri-ciri buaya yang dilihatnya itu benar-benar menyerupai Bujang Senang yang mempunyai belang putih di belakang dan warna kulitnya kelabu.
“Saya percaya Bujang Senang masih hidup berdasarkan ciri-ciri yang ada pada buaya yang saya lihat,” menurutnya di sini kelmarin.
Dakwanya lagi, buaya tersebut mengaku dirinya Bujang Senang selepas dia berdialog secara batin dengan reptilia itu.
Mengimbas kejadian bertemu dengan buaya tersebut, Indet bersama adiknya, Tinggi Sanabong, 48, pergi ke Sungai Batang Lupar bagi menangkap buaya putih untuk dipamerkan di Taman Buaya Miri ketika itu.
Bujang senang dipercayai adalah seekor buaya yang misteri dan mempunyai kuasa sakti. Ada juga yang mengatakan bahawa Bujang Senang merupakan buaya jadian. Kemungkinan lain adalah wujudnya spesis buaya yang sama seperti bujang senang dan membesar ke saiz yang sama di  Sungai Batang Lupar, Sri Aman, Sarawak  – Forblogger 
Dikatakan....ini adalah tengkorak 'bujang senang'...


Thursday, 24 May 2012

BUDAK MAUT DISERANG BUAYA, MAYAT DITEMUI HILANG SEMULA..???!!!


SRI AMAN 23 Mei - Penduduk di Ulu Tekalong, Engkilili dekat sini gempar apabila menemui mayat seorang remaja berusia 13 tahun yang dipercayai akibat diserang buaya di Sungai Linggang petang ini.

Difahamkan, mayat mangsa, Peter Heerema Sadan ditemui pukul 6.55 petang terapung oleh beberapa penduduk kampung di kawasan Ijok Hilir, tidak jauh dari lokasi dia dikatakan hilang petang semalam.

Namun, mereka membiarkan mayat mangsa di sungai tersebut dan terus menghubungi pihak polis kerana khuatir keselamatan diri memandangkan kawasan berkenaan dikenali sebagai habitat buaya.

Bagaimanapun, sebaik sahaja pasukan penyelamat tiba, mayat remaja tersebut hilang semula kerana dipercayai telah hanyut dibawa arus sungai menyebabkan operasi mencari terpaksa diteruskan sehingga pukul 8 malam ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Lubok Antu, Deputi Supritendan James Johnathan ketika dihubungi mengesahkan mengenai kejadian tersebut.

"Kita akan meneruskan operasi mencari sehingga mayat mangsa dijumpai semula," katanya.

Dalam kejadian petang semalam, Peter Heerema dan adiknya, Clement Bayang Man, 11, mandi di sungai tersebut yang jaraknya hanya lima meter dari kawasan rumah panjang mereka.

Clement kemudian dikatakan pulang ke rumah panjang sambil membawa satu gelen air dan meninggalkan mangsa bermain sendirian.

Sebaik sahaja kembali ke sungai, dia mendapati abangnya hilang dan pada masa sama dia melihat air berkocak di tempat mangsa dipercayai berdiri.