Showing posts with label BICARA FELDA. Show all posts
Showing posts with label BICARA FELDA. Show all posts

Tuesday, 5 February 2013

MAZLAN ALIMAN DI BELASAH WARGA FELDA SG. TENGI....???


Kehadiran Mazlan Aliman untuk memberi ceramah di Felda Sg Tengi bertukar menjadi hangat apabila penduduk felda dikatakan berkumpul lebih awal sebelum kehadiran Mazlan Aliman untuk menghalang perhimpunan haram tersebut.

Ketegangang berlaku apabila lebih dari 100 orang penduduk felda bertempur dengan unit amal PAS, dimana Unit Amal PAS terpaksa bermati-matian mempertahankan Mazlan Aliman....

Friday, 21 December 2012

MAHKAMAH TINGGI BATAL SAMAN PENEROKA TERHADAP PM... ALHAMDULILLAH!


TEMERLOH - Mahkamah Tinggi di sini hari ini membatalkan saman fitnah yang difailkan lapan peneroka terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung ucapan beliau ketika mengumumkan ‘durian runtuh’ Felda Global Ventures Holdings (FGV), di Felda Jengka Lapan, 8 Mei lalu.

Keputusan itu dibuat oleh Hakim Datuk Akhtar Tahir di kamar beliau selepas membenarkan permohonan Najib yang diwakili peguam Datuk Mohd. Hafarizam Harun untuk membatalkan saman tersebut.

Peguam itu memberitahu pemberita, selepas membaca keseluruhan ucapan Perdana Menteri, Hakim Akhtar berpendapat ucapan tersebut tidak berbaur fitnah.

Sebaliknya ujar Mohd. Hafarizam, mahkamah memutuskan ucapan itu dan perkataan yang digunakan, suatu bentuk kiasan yang tidak merujuk atau ditujukan kepada mana-mana pihak.

Thursday, 4 October 2012

JIKA TERUS DIFITNAH....FELDA CADANG AMBIL TINDAKAN UNDANG-UNDANG!!!



Felda bercadang mengambil tindakan undang-undang terhadap pembangkang jika terus-menerus menabur fitnah terhadap agensi itu, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan.