Friday 5 April 2019

RATIFIKASI STATUT ROM DITARIK BALIK SELEPAS AKIDAH PM HAMPIR TERPESONG???

Image result for statut rom
PUTRAJAYA – Dr Mahathir Mohamad hari ini mengumumkan Malaysia akan menarik diri daripada ratifikasi Statut Rom yang dikritik pelbagai pihak, termasuk istana Johor.

Image result for statut rom
Perdana menteri berkata, Kabinet membuat keputusan menarik diri daripada triti kontroversi itu untuk mengelakkan kekeliruan dalam kalangan rakyat, bukan kerana ia memudaratkan negara atau tunduk kepada desakan pelbagai pihak.
Image result for statut rom
Katanya, Malaysia boleh menarik balik Surat Cara Penerimaan Statut Rom Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) yang ditandatangani dan diserahkan kepada setiausaha agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu pada 4 Mac lalu, sebelum Jun ini.
“Tindakan melalui Statut Rom hanya akan berlaku, jika berlaku diskriminasi yang memihak orang Melayu seperti mengambil semua harta orang Cina dan membunuh orang Cina.
“Tetapi, apa yang kerajaan lakukan ketika ini, tidak ada satu pun yang melampau.
“Kita cuma perlu memastikan pengagihan sama rata dalam soal pendapatan negara. Tapi, disebabkan khabar angin apa akan terjadi kalau kita tak tarik balik Statut Rom, kita tak boleh ada undang-undang sebegini,” katanya pada sidang media di sini.
ICC ditubuhkan pada 2002 dan ditadbir mengikut Statut Rom yang berfungsi sebagai pelengkap undang-undang sedia ada di Negara Pihak untuk mendakwa individu melakukan jenayah antarabangsa seperti terkandung dalam Artikel 5 Statut Rom, iaitu pembunuhan etnik, jenayah terhadap kemanusiaan, jenayah perang dan pencerobohan.
Sebanyak 124 negara menjadi Negara Pihak kepada Statut Rom sehingga 4 Mac lalu, termasuk negara beraja seperti Jepun, United Kingdom dan Jordan.
Pada 23 Mac lalu, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkata, Putrajaya melanggar Perlembagaan Persekutuan dengan menandatangani Statut Rom yang akan menjejaskan hak orang Melayu, institusi diraja dan kesucian Islam di negara ini.
Keesokannya, Mahathir dilaporkan berkata, Malaysia tidak boleh menerima beberapa syarat di bawah Statut Rom.
“Kita nak meratifikasi, tapi ada syarat tertentu yang mereka mahu lakukan di bawah Statut Rom yang kita tak boleh lakukan di sini.
“Kita tidak boleh menerima perkara lucu dalam Statut Rom, sama seperti negara lain membenarkan perkahwinan sejenis. Kami hanya boleh menerima perkara yang baik,” katanya pada 24 Mac lalu. – FMT

No comments: