Tuesday 16 April 2019

BURSA SAHAM MALAYSIA TERBURUK DI DUNIA..??



Saya nak mengulas sedikit tentang perbezaan cara memerintah masa BN dengan PH.


Dalam tempoh 9 tahun kerajaan BN semasa saya PM, kita ikhlas dan bekerja kuat untuk memajukan negara dan menambah kekayaan untuk semua lapisan rakyat.

Semasa kita berusaha, kita tidak pernah menyalahkan kerajaan di bawah PM terdahulu.

Bila ada masalah, kita perbetulkan. Kita tidak menuding jari.

Masalah legasi perjanjian penjana kuasa bebas (IPP) berat sebelah, kita selesaikan.

Masalah legasi sistem percukaian ketinggalan zaman, tidak telus dan tidak efficient dan menyebabkan ratusan bilion mengalir keluar dari Malaysia, kita gantikan.

Masalah legasi pembangunan tidak sama rata untuk pantai timur serta Sabah dan Sarawak, kita imbangkan.

Masalah legasi lebuhraya tol PLUS paling panjang di Malaysia dengan perjanjian berat sebelah dimilik oleh pihak swasta, kita beli balik dan letak di bawah kerajaan dan KWSP.

Masalah legasi FELDA tidak mendapat dana yang cukup untuk penanaman semula dan menjaga warga FELDA yang semakin lanjut usia, kita cari dana.

Masalah legasi kita sering gaduh dengan negara-negara lain, kita perbaiki hubungan.

Masalah legasi di mana jurang pendapatan terlalu besar, kita memperkenalkan sistem BR1M serta sistem bantuan yang lain untuk mengagihkan semula kekayaan negara kepada golongan B40.

Masalah legasi cukai kereta terlalu tinggi dan rakyat hanya mampu membeli kereta tempatan, kita hapuskan banyak cukai sepoert cukai import dan cukai jualan. Akibatnya, hari ini kita boleh tengok ramai yang sudah guna kereta pelbagai jenama di jalanraya.

Masalah legasi sistem pengangkutan awam tidak menjadi pilihan ramai, kita menambah baik.

Dan banyak lagi.

Kita buat kerja sahaja tanpa menyalahkan sesiapa ataupun memberi alasan faktor dunia.

Akibatnya, pertumbuhan ekonomi negara dan eksport pada tempoh 9 tahun ini adalah antara paling tinggi di dunia.

Kita tidak menipu rakyat dengan propaganda bahawa kita mahu kembalikan negara menjadi harimau asia semula.

Padahal, kita tidak pernah pun mendapat gelaran Harimau Asia.

Kebenarannya pula ialah dalam tempoh 9 tahun ini, kadar pertumbuhan ekonomi kita lebih tinggi berbanding keempat -empat negara yang diberi Harimau Asia iaitu Singapura, Taiwan, Hong Kong dan Korea Selatan.

Pada tempoh itu, Malaysia diberi gelaran sebagai pasaran saham dengan tempoh lonjakan saham paling lama di dunia iaitu "world's longest running bull market." sehingga kita capai tahap tertinggi pada awal bulan Mei sebelum PRU14.

https://www.bloomberg.com/news/articles/2017-07-26/malaysia-home-to-the-world-s-longest-bull-market-faces-an-election-test

Indeks saham negara naik dari 800 mata pada masa saya mula menjadi PM sehingga hampir 1,900 mata sebelum PRU14.

Nilai pasaran saham meningkat dari RM600 bilion kiepada RM2 Trilion.

Kekayaan RM1.4 Trilion dibina pada masa itu dan jumlah besar dari kekayaan dikongsi dengan seluruh Rakyat.

Akibatnya, pada tempoh 9 tahun ini:
- Dana Tabung Haji naik dari RM21 bilion menjadi RM74 bilion
- Dana KWSP naik dari RM341 bilion ke RM841 bilion
- Nilai aset PNB naik dari RM120 bilion ke RM280 bilion
- KWAP naik dari RM52 bilion ke RM141 bilion.
- Aset bersih Petronas naik dari RM248 bilion ke RM438 bilion
- Khazanah naik dari RM34 bilion ke RM117 bilion

Tapi Raykat tak suka "world's longest running bull market"

Ataupun pasaran saham yang sering mencipta rekod tahap tertinggi.

Raykat lebih suka "World's worst share market" dan kekayaan dan pertumbuhan ekonomi yang menurun.

https://www.freemalaysiatoday.com/category/highlight/2019/04/16/bursa-malaysia-keeps-missing-out-on-global-rally/

Raykat lebih suka mendengar cerita-cerita dongeng seperti Malaysia dalam bahaya, hutang RM1 trilion, saya pembunuh Altantuya, saya menteri kewangan paling teruk, BN jual negara dan kita ke arah bankrap atau dijajah dari pihak PH yang kuat menghasut.

Sebenarnya, saya juga sedikit menyesal bahawa saya secara peribadi tidak menggunakan lebih banyak masa untuk menulis panjang-lebar seperti ini semasa saya PM supaya auta-auta dari PH disangkal dan diperbetulkan.

Tetapi pada masa itu, saya dan rakan-rakan kita di BN terlalu fokus untuk menjayakan Pelan Transformasi Negara yang kita rancangkan.

Akibatnya, kita tewas di PRU14 kerana ramai yang telah termakan fitnah bahawa Malaysia ke arah bankrap walaupun realiti ialah sebaliknya.

FB Najib Razak

No comments: