Kegagalan kerajaan negeri untuk menyediakan rumah mampu milik atau PPR dengan lebih banyak sejak pemerintahan DAP rakyat yang terpaksa tanggung.
FAKTA KES :
Fitnah Yang di Lemparkan Kepada 22 Penduduk Oleh Admin Penang Kia.
Sila Baca Jawapan Saya.
Salahkah pindahkan 22 penghuni yang sudah hilang/tidak layak diganti dengan 22 penghuni Melayu baru yang lebih layak?
Sedikit fakta, 22 penyewa di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Manggis, Georgetown diarah pindah keluar hari ini (6 Mac 2019). Antara sebab kenapa langkah ini diambil adalah kerana :
- 22 penyewa ini mempunyai tunggakan sewa sehingga RM15,000. Tidak bayar sejak bermula tinggal di PPR (1990). Walaupun sewa hanya RM100 sebulan. 13 penyewa mempunyai kereta lebih dari 2 buah, membuktikan mereka golongan yang mampu.
Jawapan Saya:
22 penyewa ini TIDAK sama sekali mempunyai tunggakkan sewa sebanyak RM 15,000 . Bagaimana mereka boleh tidak membayar sewa sejak tahun 1990 . Sdgkan mrk mula menduduki PPR Tmn Manggis pada tahun 2006 . Jika mrk ada kereta hnyalah kenderaan lama sbg keperluan urusan harian.
- 9 penyewa telah dikenal pasti punyai pertambahan pendapatan sehingga RM3000 sebulan dan melepasi paras dibenarkan untuk menyewa iaitu pendapatan RM1,500.
Jawapan Saya:
Kos sara hidup yang melampau dan tangga gaji minimum RM 1,100 adalah terlalu mustahil untuk bergaji di bawah RM 1,500 sekarang . Bilakah perjanjian ini dibuat? Benarkah puluhan tahun sudah ... ??? Kerajaan Malaysia Baru perlu kaji semula had kelayakkan menduduki dengan gaji dibawah RM 1,500 sebulan.
- 5 penyewa berkahwin dgn warga asing (Bangladesh & Indonesia). Melanggari syarat PPR iaitu untuk warganegara Malaysia saja.
Jawapan Saya:
Mrk telah berkahwin 25 tahun sudah iaitu sebelum memasuki Flat PPR Taman Manggis. Jika menjadi satu kesalahan dulu kenapa mereka diberi rumah di PPR ... ??? Isteri dan anak² yg ramai (8 org) adalah warganegara nak ke mana jika mereka diusir ??? DAN tiada satu pun yang berkahwin dengan warga BANGLADESH!

- 8 Penyewa didapati mempunyai rumah sendiri, tetapi menyewakan kepada oran lain.
Jawapan Saya:
Kerajaan perlu prihatin . Rumah² telah dilepaskan dan di pindah milik kerana mereka tidak layak membuat pinjaman. Cuma kesilapan mereka tidak membuat tukaran nama dan ada sesetengah memberi pinjaman nama sebagai penjamin.

- 400 keluarga miskin terpaksa menunggu hampir 7 tahun untuk menyewa PPR ini.
Jawapan Saya:
Kerajaan perlu bantu dan sediakan rumah PPR untuk rakyat bukannya usir rakyat daripada rumah PPR . Jika mereka perlu berpindah, sebagai kerajaan perlu ada solusi penyelesaian iaitu sediakan rumah kos rendah sewa beli dan mudahkan pinjam bank.

- Arahan pengosongan telah diberikan sejak Oktober tahun 2018 serta notis terakhir pada hari Jumaat lalu (1.3.2019)
Jawapan Saya :
Surat kosongkan rumah dihantar pada bulan Okt 2018 . Penduduk menghantar surat rayuan kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang pada bulan yang sama . Penolakan rayuan dibalas jawap pada tarikh 20 Feb 2019 dan diberi tempoh 1 minggu utk kosongkan rumah (27 Feb 2019) dan rumah disita . Pada 4 Feb 2019 penduduk berjumpa Yb Teh Lai Heng bersama pegawai perumahan bagi membincangkan masalah ini dan mereka berjanji akan mencari jalan penyelasaian yang terbaik dan akan berbincang di dalam mesyuarat jawatankuasa. Pada 5 Feb 2019 rayuan penduduk ditolak oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

- Langkah tegas terhadap penduduk ini adalah pilihan terakhir yang terpaksa diambil oleh kerajaan negeri Pulau Pinang kerana penduduk tetap berdegil dan tidak mahu mengosongkan premis.
Jawapan Saya :
Kerajaan Negeri Pulau Pinang perlu membuat perjanjian yg tegas kepada penduduk² yang baru nak ditawarkan rumah² PPR dan BUKANNYA menghalau penduduk sediada PPR dgn tindakan tegas . Kerajaan Negeri Pulau Pinang boleh membuat perjanjian semula dengan penduduk selama 5 tahun barulah betul dengan konsep Malaysia Baru yang di hebohkan . Dulu mereka membuat perjanjian dengan Kerajaan BN sekarangg Kerajaan PH.

Sophian Md Zain
NGO SURPLUS
0164374040
NGO SURPLUS
0164374040
No comments:
Post a Comment