Monday 26 September 2016

MELAYU DI MALAYSIA ADA 8 MAZHAB ???


Renungan pagi Dato Dr Nazri Khan:

MELAYU DENGAR SINI. ADA LAPAN MAZHAB MELAYU SEKARANG. KORANG MAZHAB MANA ?


Izinkan saya membebel hari ini sebelum saya bentang kertas kerja panas Seminar Ekonomi Melayu 2016 minggu depan. Tahniah kepada Dewan Perniagaan Melayu Malaysia yang terus berani menjuarai isu-isu ekonomi Melayu, bangsa yang sangat tawadduk dan sopan ini.

Semua orang Melayu. Dengar sini dan hadapi realiti.

Hari ini orang Melayu di Malaysia ada LAPAN mazhab. LAPAN golongan. LAPAN puak panas. Syabas.

Melayu UMNO, Melayu PAS, Melayu PKR, Melayu Perkasa, Melayu DAP, Melayu Atas Pagar, Melayu Amanah dan yang paling terkini Melayu Tun Dr Mahathir. 

Belum cerita NGO. Kita ada lebih 1000 NGO Melayu berdaftar yang tumbuh bagaikan cendawan. Semua mengaku memperjuang melayu dan kononnya semua wadah untuk nasib Melayu yang semakin ditinggalkan. 

Walhal Melayu sudah menguasai politik selama 59 tahun, pertumbuhan ekuiti saham Melayu hanya naik 2 peratus dalam dua puluh tahun. Tanah rizab Melayu seluruh semenanjung semakin botak sekitar 12 peratus. Tanah melayu di Kuala Lumpur pula sekangkang kera hanya tinggal 5 peratus. 80% daripada semua graduan menganggur dan hampir 10,000 belia muflis pula adalah Melayu. Memang hebat.

Berbeza dengan bangsa Cina di Malaysia. Mereka kaya dan bersatu kukuh. 

Di persada ekonomi Malaysia, orang Cina 'conquer' hampir 70 peratus sektor ekuiti termasuk perbankan, hartanah dan pembinaan. Sepuluh teratas orang terkaya tahun 2015 adalah bilionaire Cina Malaysia. 80 peratus franchise, hotel mewah dan gudang membeli belah Malaysia ini milik orang Cina. Hampir 90 peratus  pelajar yang belajar di universiti swasta dan IPTS ternama dan mahal-mahal di negara ini adalah anak rakan-rakan cina kita.

Walaupun bukan semua orang cina pandai cakap cina dan bukan semua pandai pakai chopstick, saya kagum mereka adalah bangsa yang tolong menolong, rajin, bijak berniaga dan bersatu atas nama rezeki perniagaan mereka.

Dalam budaya umpamanya, bahasa Cina diangkat tinggi. Malah hampir semua bank dan syarikat Cina, akan membeli majalah surat khabar Cina di samping bahasa Inggeris. Sebab itu, akhbar Sin Chew Jit Poh dan Nanyang Siang Pau suara keramat orang Cina, menjadi antara akhbar yang paling tinggi edaran dan keuntungannya di Malaysia. Untuk makluman, syarikat akhbar ini telah menyumbang beratus juta ringgit untuk pendidikan Cina di Malaysia, melalui konsert amal bersama Carlsberg Malaysia dan syarikat-syarikat lain.

Sekolah Cina pula adalah cagaran politik utama yang tidak boleh dikompromi sama sekali. Semua parti politik dan NGO Cina akan bergelut memperjuang sekolah Cina dan bahasa Cina. Pilihanraya Sarawak baru-baru ini bukti besar bangsa Cina bersatu untuk autonomi besar negeri Sarawak.

Apa pulak kita orang Melayu buat? Tak ada apa-apa. Rilek jer. Terus bergaduh dan terus berpecah. Kita adalah bangsa yang cukup selesa, menang sorak, berdengki sesama sendiri, alpa dan tak peduli. Pemikiran kita orang Melayu pun cukup bercelaru. Malah ulama besar, tuan guru yang hebat dan murid-murid pun berperang bertalu.

Maaf saya cakap, kebanyakan pergerakan melayu kadang-kadang hanya lebih kuah daripada sudu. Di dalam dunia korporat, majoriti institusi GLC Melayu tak sedar bahawa Melayu telah terhakis secara senyap-senyap dari pengurusan tertinggi. Orang Melayu kini hanya menduduki 10% dari semua pengurusan swasta tanahair. Majoriti aset Melayu pula dipegang oleh beberapa institusi amanah dan dikuasai hanya beberapa kerat ahli perniagaan Melayu yang berjaya.

Jangan berbangga sangatlah dengan aset-aset Petronas, Felda, Permodalan Nasional Berhad, Tabung Haji dan Lembaga Tabung Angkatan Tentera. 

Hari ini semangat roh institusi melayu sudah pudar dan semakin banyak daerah kaya seperti Bukit Bintang, Petaling Jaya, Subang Jaya, Sunway, Kepong, Setapak, Sentul dan Seri Kembangan, hampir-hampir pupus penyertaan orang Melayu di kota besar.

Semua orang Melayu. Dengar sini dan hadapi realiti.

Di Amerika Syarikat dan United Kindom, bangsa Cina hanya menguasai sekitar 6% dari ekonomi. Di Malaysia orang Cina menguasai sekitar 60% dari ekonomi. Tidak ada tempat lain di dunia di mana orang Cina minoriti mempunyai kuasa ekonomi yang begitu luas selain daripada di bumi Malaysia yang sangat pemurah ini.

Tahniah. Selamat Maju Jaya Orang Melayu

Dato Dr. Nazri Khan

1 comment:

Unknown said...

Jadi, APA MESEJ yang hendak tuan sampaikan...............?????
UNDILAH UMNO,. wahai ORANG MELAYU..............INIKAH...???????