Tuesday 14 June 2016

SEBENARNYA.... ACCAPAN TIDAK MEMELUK ISLAM PUN....


 Pelawak Acappan meminta orang ramai agar terus menghentikan penyebaran berita kononnya dia sudah memeluk Islam berikutan isu itu menjadi viral di laman sosial sejak Isnin.

Acappan atau nama sebenarnya, Samynathan Rethinan, 58, berkata, foto-foto yang tersebar itu adalah ketika dia menghadiri jemputan berbuka puasa pada Ahad di sebuah surau di Salak Tinggi dekat sini.

"Saya belum lagi bersedia untuk memeluk agama Islam, jika sudah bersedia saya akan beritahu kepada semua tentang itu.

"Saya akui sedang mendalami agama Islam sejak mula berlakon lagi saya suka belajar tentang agama dan berkawan rapat dengan kawan-kawan beragama Islam," ujarnya kepada mStar Online, ketika dihubungi di sini, Isnin.

Acappan berkata demikian ketika diminta mengulas tentang dakwaan dia sudah memeluk agama Islam selepas foto dia berbuka puasa dengan rakan-rakannya di sebuah surau tersebar.


SEMENTARA ITU.....pelakon vateran Mustapha Kamal melaui wakilnya telah tampil memohon maaf kepada orang ramai kerana menyebarkan berita palsu mengenai Acapan yang sudah memeluk Islam semalam.
Menurut wakil tersebut, akaun Facebook Mustapha Kamal diuruskan oleh beberapa orang admin dan juga Mustapha sendiri.
Namun, berita mengenai Acapan semalam bukan dimuat naik oleh Mustapha.
Saya mewakili abe Mus ingin memohon maaf diatas penyebaran berita tidak sahih mengenai acapan telah memeluk Agama Islam semalam. Saya sedar berita ini palsu selepas pihak mStar menyebarkan berita sebetulnya.  Secara jujurnya posting tersebut bukanlah di update oleh abe mus tetapi admin bertugas.
Berikut adalah kenyataan penuh perrmohonan maaf tersebut :-

No comments: