Sunday 29 May 2016

KENAPA MENGHUKUM DATIN MASTURA... KEMPEN TETAP KEMPEN WALAU CALON TIDAK HADIR


Kenapa kita cepat menghukum? Apakah Datin Mastura Yazid calon BN di PRK Kuala Kangsar sudah melanggar hukum? Sedangkan Datin Mastura Yazid sendiri memohon agar pengundi di Kuala Kangsar dapat memahami tempoh edah 4 bulan 10 hari yang kini perlu dijalaninya. Beliau berkata demikian melalui satu video yang dimuat naik di laman Facebook setelah diumumkan sebagai calon. Katanya.......


"Tempoh syarak ini wajib saya patuhi. Sehubungan itu saya mengharapkan kefahaman seluruh jentera parti khususnya di peringkat cawangan dan pusat daerah mengundi akan kedudukan saya ini," katanya di dalam video berkenaan.


"Tempoh syarak ini wajib saya patuhi. Sehubungan itu saya mengharapkan kefahaman seluruh jentera parti khususnya di peringkat cawangan dan pusat daerah mengundi akan kedudukan saya ini," katanya di dalam video berkenaan.

Maksudnya tidak ada siapa termasuk Datin Mastura mahu mengabaikan soal hukum. Ini dibuktikan apabila dia tidak hadir semasa majlis pengumuman calon. Ucapannya disiarkan melalui tayangan screen besar.


Maka isunya di sini ialah cara berkempen. Oleh kerana, ini adalah zaman hyper connectivity maka tidak ada masalah untuk Datin Mastura menjalankan aktiviti kempennya. Apatah lagi di dalam suasana bulan Ramadhan.

Apakah boleh menang? Di Malaysia sudah ada beberapa orang yang menang pilihanraya walapun dalam tahanan ISA seperti bekas pemimpin Makkal Sakthi En Wytermoorthy. Mereka langsung tidak boleh keluar berkempen dan ketika itu media sosial belum sehebat sekarang.


Sekurang kurangnya untuk Datin Mastura, orang ramai masih boleh berkunjung dan menziarahi beliau. Insyaallah Datin Mastura menang cemerlang di PRK Kuala Kangsar ini.

-  Mohd Puad Zarkashi (MT UMNO)

No comments: