Monday 29 February 2016

MUHYIDDIN YASSIN JADI REBUTAN PKR DAN PAN


Tan Sri Muhyiddin Yassin yang digantung jawatannya sebagai Timbalan Presiden Umno ekoran lantang mengkritik presiden parti, telah menerima tawaran hebat dari parti pembangkang.


Parti Amanah Negara (PAN) menerusi Pengerusi PAN Johor, telah membuat tawaran supaya Muhyiddin bersama mereka sekaligus dapat bersama anak-anak Johor untuk melakukan perubahan negara pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

"Dua sosok anak Johor, Tun Musa Hitam dan Muhyiddin ini menggambarkan betapa bangsa Johor dilihat gah dalam kepimpinan negara. Kedua-duanya merupakan pemimpin yang berprinsip.

"Saya selaku pengerusi dengan semangat #BangsaJohor yang tertanam hebat dalam diri setiap rakyat Johor, dengan ini mengajak seluruh rakyat Johor tidak kira dari parti mana dan kaum apa untuk sama-sama buktikan, bangsa Johor bakal mengetuai gelombang perubahan rakyat!" kata Aminolhuda Hassan.

Selain itu PKR menerusi Timbalan Pengerusi PKR Johor turut membuat tawaran kepada Muhyiddin untuk bersama-sama mereka memperjuangankan reformasi dan melakukan perubahan di tanah air ini.

"Sebagai seorang tokoh dan ahli politik kanan di Johor, Muhyiddin masih mempunyai pengaruh dan boleh memainkan satu peranan yang penting dalam menyumbang kepada gelombang perubahan reformasi di kubu terakhir Umno.

"Tetapi juga ingin dinyatakan disini, masa dalam politik adalah suntuk, sekiranya Muhyiddin masih pilih untuk menjadi pemain solo maka itu merupakan satu peluang keemasan yang terlepas," kata Jimmy Puah Wee Tse.

Fuhh.., laku juga pahlawan jawa 'totok' ni ye... Baru kena gantung jawatan, bukannya kena buang dari parti lagi... Berebut-rebut parti pembangkang mahu Muhyiddin menyertai mereka... Yang tak tahan, parti yang berebut Muhyiddin tu semua parti 'sampah' tak leh pakai.

Elok laa PKR dan PAN berebut-rebut untuk mengambil Muhyiddin menyertai parti.... Muhyiddin pun 'sampah' Umno yang perlu dibersihkan dari parti... Tak yah susah-susah Umno nak bersihkan.... Hahaha. - AndyBolat/Utaranews.com

No comments: