Sunday 28 February 2016

MAYAT LELAKI WARGA MALAYSIA DITEMUI TERAPUNG DI SUNGAI GOLOK

51456652733_freesize
Jasad mangsa selepas ditarik keluar ke tebing Sungai Golok. 

PASIR PUTEH: Seorang lelaki ditemui mati dengan kesan kecederaan di bahagian kepala terutamanya di muka di percayai dibunuh di Sungai Golok berhampiran Pengkalan Klinik di sini pagi tadi.

Mayat mangsa yang lengkap berpakaian ditemui terapung di dalam sungai berkenaan oleh penduduk sekitar jam 11 pagi tadi.
Mangsa dikenali sebagai Azami Mohamed, 38, berasal dari Kampung Pasir Kelang Baru, Kuala Krai.
Menurut Timbalan Ketua Polis Sungai Golok, Lt Wae Alif Wae Desa, “Hasil pemeriksaan, terdapat kesan lebam dan luka yang teruk di bahagian pipi mangsa yang dipercayai akibat dipukul dengan objek keras,” katanya kepada pemberita hari ini.
Kes berkenaan dikendalikan oleh pihak berkuasa Thailand kerana mayat berkenaan ditemui dalam kawasan Thailand.
Mayat warga negara Malaysia itu dipercayai dibunuh di tempat lain dan dibuang di sungai berkenaan.
Dokumen penting termasuk kad pengenalan, kad bank dan sebagainya turut ditemui bersama mangsa.
Mayat mangsa kini ditempatkan di Hospital Sungai Golok dan siasatan dilakukan oleh pihak berkuasa Thailand. - Awani

No comments: