Saturday 19 December 2015

VIRAL : SULTAN JOHOR BELANJA DAN MAKAN BERSAMA RAKYAT DI KEDAI BIASA


BEBERAPA keping gambar yang memaparkan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar mencemar duli dengan bersarapan di sebuah restoran di Muar bersama rakyat jelata, pada Jumaat, menjadi viral di laman sosial.


Difahamkan, Sultan Johor bersantap pagi di restoran yang sama selama dua hari berturut-turut.
12373251_525087050991326_4360217354342036182_n


Tanpa sebarang protokol atau acara rasmi, baginda dikatakan masuk di Restoran Ansari itu memesan roti canai seperti rakyat biasa.
12376573_525087064324658_6595238682189322327_n
Menurut satu sumber, Sultan Ibrahim turut bersedekah dengan membayar makanan dan minuman semua pelanggan di situ.
12376601_525087054324659_152972024777885462_n
Menerusi laman sosial, rata-rata netizen memuji cara baginda selain menyifatkan Sultan Johor sebagai ‘Sultan Berjiwa Rakyat’.
zz
Sehari kemudian, baginda sekali lagi mencemar duli namun memilih untuk bersantap di Restoran Muar Soup House pada Sabtu.

Baginda yang tiba kira-kira pukul 7 pagi dengan memakai baju kemeja dan bersongkok dilihat beramah mesra serta menegur beberapa pengunjung dan menjemput mereka makan.
Sultan Ibrahim bersarapan di Restoran Muar Soup House, pagi ini.
Baginda dilihat menikmati roti canai garing, samosa, kari kambing dan teh tarik ais kurang manis.
Baginda turut ditemani Pegawai Daerah Muar, Ramlee A Rahman; Yang Dipertua Majlis Perbandaran Muar (MPM), Jamaluddin A Hamid dan beberapa rakannya. – MYNEWSHUB.CC

No comments: