Friday 11 December 2015

KEJAHILAN ANGGOTA G25 MENGENAI ISLAM WALAUPUN BERAGAMA ISLAM !!!

Bekas hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd Hishamudin Mohd Yunus yang menyertai kumpulan G25 dipuji atas integritinya. – Gambar fail The Malaysian Insider, 7 Oktober, 2015.

KENALI dulu SIAPA anggota G25 .....

1. Tan Sri Datuk Abdul Rahim Bin Haji Din, bekas Ketua Setiausaha, Kementerian Dalam Negeri.
2. Tan Sri Ahmad Kamil Jaafar, bekas Ketua Setiausaha, Kementerian Luar Negeri.
3. Tan Sri Dr Aris Othman, bekas Ketua Setiausaha, Kementerian Kewangan.
4. Tan Sri Dr Ismail Merican, bekas Ketua Pengarah, Kementerian Kesihatan.
5. Tan Sri Dato' Mohd Sheriff bin Mohd Kassim, bekas Ketua Setiausaha, Kementerian Kewangan.
6. Tan Sri Dato' Dr Mustaffa Babjee, bekas Ketua Pengarah, Perkhidmatan Veterinar.
7. Tan Sri Nuraizah Abdul Hamid, bekas Ketua Setiausaha, Kementerian Tenaga, Komunikasi dan Multimedia.
8. Tan Sri Dr Yahya Awang, Pakar Bedah Kardiotorasik dan Pengasas, Institut Jantung Negara.
9. Datuk Seri Shaik Daud Md Ismail, bekas Hakim Mahkamah Rayuan.
10. Datuk Abdul Kadir bin Mohd Deen, bekas Duta.
11. Datuk Anwar Fazal, bekas Penasihat Kanan Serantau, Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP).
12. Datuk Dali Mahmud Hashim, bekas Duta.
13. Datuk Emam Mohd Haniff Mohd  Hussein, bekas Duta.
14. Datuk Faridah Khalid, wakil Suara Wanita.
15. Datuk Latifah Merican Cheong, bekas Penolong Gabenor, Bank Negara.
16. Lt. Jen (B) Datuk Maulob Maamin, bekas Leftenan Jeneral ATM.
17. Datuk Noor Farida Ariffin, bekas Duta.
18. Datuk Ranita Hussein, bekas Pesuruhjaya Suhakam.
19. Datuk Redzuan Kushairi, bekas Duta.
20. Datuk Dr Sharom Ahmat, bekas Timbalan Naib Canselor, Universiti Sains Malaysia.
21. Datuk Syed Arif Fadhillah, bekas Duta.
22. Datuk Zainal Abidin Ahmad, bekas Ketua Pengarah, Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia.
23. Datuk Zainuddin Bahari, bekas Timbalan Ketua Setiausaha, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.
24. Datin Halimah Mohd Said, bekas Pensyarah, Universiti Malaya dan Presiden, Association of Voices of Peace, Conscience and Reason (PCORE).
25. Puan Hendon Mohamad, bekas Presiden Badan Peguam Malaysia.

Mereka adalah kumpulan yang terdiri daripada bekas-bekas penjawat awam dan melihat senarai nama yang dipaparkan... kita percaya bahawa mereka adalah Melayu dan beragama ISLAM. 


Apa yang G25 perjuangkan ???

Jurucakap bagi pihak G25, adalah Datuk Noor Farida Ariffin.  Beliau adalah seorang pengasas SIS dan mantan duta di Belanda.

Manakala Penasihat G25 adalah Tan Sri Mohd. Sheriff Mohd. Kassim.  Baru-baru ini mereka mencadangkan pemansuhan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan mereka mahu penubuhan sebuah jawatankuasa perunding bagi membincangkan untuk meminda atau memansuhkan beberapa undang-undang syariah.

G25 menentang sebarang hukuman terhadap perbuatan khalwat jika dilakukan di rumah persendirian kerana itu adalah hak dan privasi setiap individu.

Bagaimanapun, cadangan jurucakap G25, Datuk Noor Farida Ariffin yang mahu memansuhkan hukuman terhadap perbuatan berkhalwat di dalam rumah sendiri ataupun presmis peribadi didakwa sebagai melanggar hak kebebasan seseorang seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan adalah satu cadangan yang keterlaluan dan boleh menyebabkan orang ramai tersalah tafsir agama Islam yang menjadi agama Persekutuan.

Ianya dianggap tidak bertanggungjawab dan hanya memanipulasikan Al-Quran dan hadis demi untuk kepentingan diri sendiri dan menggunakannya apabila merasakan ada kepentingan peribadi.

khalwat

Semasa menyampaikan ucapannya di London School of Economics, Datuk Noor Farida Ariffin mengecam tindakan pemimpin-pemimpin Malaysia yang senantiasa memberi ruang bagi perkembangan Islam dalam kehidupan masyarakat.
Fenomena Islamisasi yang berkembang ini jelas telah menyesakkan dada kelompok liberal dan sekular, dan kerana tidak tahan dengan perkembangan ini maka mereka telah menubuhkan G25 yang dianggotai oleh sekitar 50 mantan penjawat awam dan profesional.
farida
Bagi mereka jumlah ini sudah begitu banyak dan melambangkan majoriti sedangkan pada hakikatnya mereka hanyalah minoriti.
Strategi yang dilakukan oleh Noor Farida adalah memburuk-burukkan golongan yang menentang idea-idea liberal dan sekular yang dibawa olehnya dan rakan-rakannya.
Strategi demonizing yang dilakukannya di hadapan masyarakat antarabangsa ini melampau. Beliau menggelar mereka sebagai “religious extremists” dan menggelar usaha yang mereka lakukan sebagai “creeping talibanization of Malaysia” dan meracuni pemikiran bangsa.
anti religious
Beliau tidak sedar dalam menentang kelompok yang ekstrimis itu ia telah terperangkap dalam satu lagi ekstrimisme iaitu ekstrimisme liberal.
Kelompok ekstrimis liberal adalah kelompok yang memperjuangkan antara lain agar kerajaan membenarkan perkahwinan sesama jenis (gay dan lesbian) sebagaimana yang banyak berlaku di negara-negara Barat.
Inilah yang dituntut oleh Irshad Manji dalam bukunya Allah, Liberty and Love yang menimbulkan kontroversi di Malaysia.
Kelompok ekstrimis liberal juga memperjuangkan kebebasan bersuara (freedom of expression) yang mutlak termasuk kebebasan untuk memburuk-burukkan agama, memburuk-burukkan nabi Muhammad saw sebagaimana yang berlaku di Perancis, memburuk-burukkan institusi-institusi Islam seperti yang dilakukan oleh Eric Paulsen baru-baru ini.
Semua ini boleh menimbulkan ketegangan dan kekacauan dalam masyarakat.
Oleh yang demikian, kelompok inilah yang selayaknya disebut sebagai pelampau, kerana mahu memaksakan idea-idea liberal dan sekular mereka ke atas masyarakat, mereka lah yang sebenarnya telah melakukan “creeping liberalization of Malaysia” dan meracuni pemikiran bangsa.
Apa yang Kerajaan lakukan sebenarnya hanyalah melaksanakan tuntutan majoriti rakyat Malaysia yang mahukan Malaysia melaksanakan Islam dengan sempurna.
Atas tuntutan inilah Tun Mahathir pada tahun 2001 mengishtiharkan bahawa Malaysia adalah Negara Islam mengikut definisinya sendiri.
Untuk menguatkan perkara ini Tun Abdullah Badawi menggagaskan idea Islam Hadhari, meskipun ianya adalah idea yang keliru tetapi niatnya adalah mengemukakan citra Islam yang progresif dan berdaya maju.
Di zaman kepimpinan DS Najib Razak pula kerajaan tetap bertegas mahu mempertahankan kesucian Islam dan melawan arus liberalisme dan pluralisme agama.
Semua perkembangan ini bagi saya adalah amat baik dan kita menantikan perkara-perkara yang baik akan menyusul agar lebih bersesuaian dengan kehendak Islam dan sebagaimana disuarakan oleh ramai ulama’ di Malaysia.
Namun demikian Noor Farida beranggapan bahawa kefahaman para ulama’ di Malaysia ini tentang Islam adalah keliru, justeru kefahaman dialah yang betul. Hal ini sangat tidak masuk akal.
Tidak dapat dibayangkan jika perkara seumpama ini berlaku dalam masyarakat Hindu, Budha atau Kristian, tidak mungkin ada orang awam dalam agama mereka mengkritik kefahaman agamawan mereka sendiri.
Sekurang-kurangnya hormatilah disiplin ilmu, tuntutlah ilmu dengan tekun sebelum berani mengkritik sesuatu ilmu itu.
Noor Farida bertindak lebih berani daripada itu apabila beliau menyerlahkan kejahilannya tentang agama Islam, khususnya tentang hukum hudud.
Beliau mengatakan bahawa “sangatlah tidak adil apabila seorang pengusaha yang mencuri harta awam dibebaskan sedangkan seorang penganggur yang mencuri untuk memberi makan keluarganya dipotong tangan”.
Beliau jelas tidak mengerti bahawa hudud dilaksanakan untuk semua kalangan tanpa mengira miskin atau kaya, bangsawan atau rakyat biasa. Justeru di antara syarat pelaksanaan hudud adalah tiadanya shubhat, kerana itu Sayyidina Umar pernah menangguhkan pelaksanaan hudud pada musim kemarau ketika seseorang itu mencuri kerana survival.
Kerana itu persoalannya bukanlah sama ada hudud itu adil ataupun tidak tetapi sejauh manakah Negara kita bersedia melaksanakan hudud agar pelaksanaannya benar-benar menjamin keadilan bagi semua pihak.
Tindakan Noor Farida yang mengkritik institusi-institusi Islam di Malaysia semestinya disukai oleh institusi-institusi Barat yang mahukan nilai-nilai liberal diterima oleh masyarakat dunia.
Oleh kerana itu orang-orang seperti ini sentiasa mendapat tempat di sana dan mendapat pujian yang tinggi, di sebalik pujian dan sokongan itu tanpa disedari sebenarnya mereka telah menjadi bidak-bidak di papan catur tangan-tangan asing yang ingin menguasai negara umat Islam secara halus. -  AIDC

No comments: