Friday, 6 November 2015

TUKAR NAMA BAGAN NAKHODA OMAR KEPADA BAGAN NAKHODA CHONG STRATEGI DAP 'BUNUH' MELAYU !!!


Seorang pemimpin DAP Selangor hari ini mempertikaikan status rizab Melayu di perkampungan nelayan Bagan Nakhoda Omar di Sabak Bernam kerana berpendapat penduduk di situ majoritinya merupakan kaum Cina.


Sambil mencadangkan status tanah rizab itu ditukar, Timbalan Setiausaha DAP Selangor Ng Suee Lim turut mencadangkan nama perkampungan tersebut ditukar kepada nama Cina berikutan pertukaran status itu.

"Usaha  menukarkan (status) sudah dilakukan bertahun-tahun. Sampai sekarang tak ada jawapan. Ini pihak Pejabat Tanah dan Galian kena bantu.

"Dan saya cadang, kalau esok kita berjaya tukar dan warta, batalkan (status) Bagan Nakhoda Omar ini kerana ia diduduki ramai, hampir 100%, penduduk nelayan Cina.


"Jadi nama dia kena tukar. Kita kena tulis Bagan Nakhoda Chong," katanya pada sesi perbahasan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Shah Alam hari ini.

Ng yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Sekinchan itu berkata, nama Omar itu tidak diperlukan kerana ia mengingatkan penduduk di situ kepada Pengerusi Perhubungan Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar.

"Omar tak payah, sebab kita akan ingat Noh Omar. Macam Nakhoda Noh Omar. Tak elok. Itu pemimpin politik yang rakyat tidak suka. Jadi, Bagan Nakhoda Omar kita tukarkan Nakhoda Chong. Itu lebih baiklah," katanya.

Bagaimanapun, Adun Permatang Datuk Sulaiman Abdul Razak membidas kenyataan Ng, menyifatkannya sebagai rasis.



"Sekinchan kuat sangat rasisnya. Kalau buat (tukar), jangan kuat sangat sampai nama pun nak jadi isu. Tak profesionallah," katanya.

Sementara itu, dalam responsnya kepada Ng, Menteri Besar Mohamed Azmin Ali mengingatkan beliau nama kampung itu tiada kaitan dengan Noh.

Beliau juga mengatakan, kerajaan negeri akan menyemak dengan Pejabat Tanah dan Galian berhubung status tanah rizab Melayu itu.

"Kita boleh batalkan (tanah yang diwartakan sebagai rizab Melayu) dan gantikan tapak lain dengan nilai yang sama (dengan tanah tersebut).

"Pastinya kita nak tengok susun atur bangunan kampung sedia ada supaya masalah keselamatan dan kesejahteraan rakyat dapat diambil kira," katanya tanpa menyatakan sama ada beliau bersetuju status tanah itu perlu ditukar atau tidak.

Jika dilihat secara halusnya, strategi DAP itu ada 'hidden agenda' yang difikirkan boleh menguntungkan mereka. DAP nampak ianya berjaya apabila ramai orang Melayu khususnya yang berasal daripada kawasan ini termakan dengan cadangan tersebut. 



SUMBER menyatakan bahawa DAP tahu, kalau perkara ini dibangkitkan sudah pasti orang Melayu akan bangkit dan menentang mereka dan seterusnya akan terus bermusuh dengan kaum Cina di BNO. 

PRU14, DAP tidak mungkin meletakkan calonnya di DUN Sungai Air Tawar yang di dalamnya ada kawasan Bagan Nakhoda Omar. Kerana majoriti penduduk DUN ini adalah Melayu. 

Kenapa Ng Suee Lim memainkan isu perkauman di sini? Kerana kawasan ini adalah antara kawasan selamat kepada BN. BN memperolehi majoriti undi yang tinggi antara DUN yang dimenangi oleh BN di Selangor. Boleh lah dikatakan 'kubu kuat UMNO'. 

Penduduk kaum Cina yang berada dalam PDM Kg. Bagan Nakhoda Omar hanyalah 30%. Selebihnya adalah kaum Melayu. Malah, hanya di kawasan persisiran laut sahaja kawasan penempatan kaum Cina bukanlah di kampung-kampung tradisi. 

Lebih memilukan ialah kawasan yang didiami oleh kaum Cina ini adalah kawasan TANAH RIZAB MELAYU yang diberikan kelulusan menduduki semasa zaman pemerintahan BN. 

Betul, TANAH RIZAB MELAYU! Pemimpin UMNO kawasan tersebut terutamanya YB Kamarul Zaki (ADUN Sungai Air Tawar) dan YB Dato' Fasiah Fakeh (Ahli Parlimen Sabak Bernam) bermurah hati untuk tidak mengganggu kaum Cina yang tinggal menumpang di kawasan ini sejak sekian lama. 

Jadi apa motif Ng Suee Lim yang tidak tahu selok belok di Bagan Nakhoda Omar ingin menukar nama kepada Bagan Nakhoda Chong? Tiada MOTIF!!!

Nakhoda Omar adalah orang yang mula-mula membuka kawasan tersebut. Bukanlah seperti yang dinyatakan ada kena mengena dengan Dato' Seri Noh Omar (Ahli Parlimen Tanjong Karang). 

Adalah lebih baik jika Ng Suee Lim mengusulkan di Dewan Undangan Negeri supaya SEKINCHAN ditukar kepada nama lain kerana Sekinchan tidak melambangkan kaum Cina. Untuk mengetahui asal usul nama SEKINCHAN boleh rujuk SINI. 


Sementara itu, YBHG. DATO’ JAMAL MD YUNOS, Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, mengecam kenyataan Ng Suee Lim yang mencadangkan agar Tanah Rizab Melayu di Bagan Nakhoda Omar ditukar dan nama tempat tersebut diganti dengan nama cina semata-mata kerana ramai penduduk nelayan cina di sana.

Beliau menyatakan bahawa Ng Suee Lim adalah  seorang yang boleh dikategorikan sebagai rasis, rakus dan keterlaluan sehingga mengemukakan cadangan yang sedemikian dan jelas jika DAP diberi kuasa nescaya mereka akan menggunakan kuasa tersebut untuk kepentingan mereka.

Beliau menambah, sepatutnya Ng Suee Lim membawa keluar semua orang cina di sana dan pindahkan ke tempat yang sudah diberi nama dengan nama cina. Biarkan penempatan di Bagan Nakhoda Omar itu untuk orang Melayu. Ini belum lagi memerintah negara, sudah memandai-mandai untuk mencabuli hak-hak orang Melayu. Ayuh anak Melayu kita bangkit menentang fahaman rasis, rakus dan keterlaluan DAP ini. Saya menggesa orang-orang cina di Bagan Nakhoda Omar itu keluar dari sana jika tidak senang dengan orang Melayu...!!!

Sebenarnya... adakah yang direbutkan oleh DAP di situ adalah status tanah rezab melayu tersebut? Mungkin benar, mereka bukan mahukan duit kerana mereka sudahpun kaya-raya, mereka hanya mahu memperluaskan kuasa dengan menguasai tanah-tanah rezab Melayu!!! 

No comments: