Tuesday 27 October 2015

TSMY AJAK PAK LAH MUNGKIR JANJI !!!


Bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Badawi dalam satu sidang media beberapa tahun dahulu mendedahkan perangai sebenar bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang digugurkan daripada Kabinet pada Julai lalu.


Menurut Abdullah yang lebih dikenali dengan panggilan Pak Lah berkata, beliau tidak gemar dengan sikap yang ditunjukkan Muhyiddin yang mengungkit kembali persetujuan yang telah termeterai ketika beliau mahu melepaskan jawatan sebagai perdana menteri.



Jelas Pak Lah, ketika beliau mahu melepaskan jawatannya kepada Datuk Seri Najib Razak, beliau telah mendapat persetujuan diantara dirinya dan Najib dan turut dipersetujui oleh ahli parti.

Namun, pada hari ini Muhyiddin tampil menggesa beliau untuk memungkiri perjanjian yang telah termeterai hanya semata-mata untuk memenuhi kehendak bekas timbalan perdana menteri itu yang mahu menjadi presiden parti.

"Sudah ada persetujuan. Semua dah setuju. Najib dan saya sudah ada persetujuan dan dipersetujui oleh ahli parti.

"Saya amat tidak senang  hati dengan cara macam ini. Dah setuju patuhlah kepada persetujuan. Mengapa perlu mengajar orang untuk mengungkir janji," kata bekas Perdana Menteri itu yang telah melepaskan jawatannya pada tahun 2008.

Tambah Pak Lah, apa yang dikesal lagi dengan tindakan bekas timbalan perdana menteri itu, cuba memecah-belahkan parti dengan membuat kenyataan berbaur fitnah di luar negara.

"Sebenarnya Muhyiddinlah yang mencetuskan keretakan dalam parti dengan membuat kenyataan-kenyatan di Singapura," katanya.

Oleh itu, Pak Lah memberi peringatan kepada Muhyiddin agar kembali landasan yang betul jika mahu menjadi presiden parti dan mengatakan itupun kalau beliau dapat diterima oleh ahli.- Utaranews.com

No comments: