Wednesday 7 October 2015

TERKINI - BANGUNAN SK TAMAN SAMUDRA BATU CAVES TERBAKAR !



Berita terkini sekolah kebangsaan SK Taman Samudera Batu Caves Selayang terbakar pada 7 Oktober 2015. Insiden kebakaran dipercayai berlaku pada jam 11.45 pagi rabu dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan. 



Setakat ini punca kebakaran yang bermula di Tingkat Tiga Sekolah terbabit masih lagi dalam siasatan. Berdasarkan saksi kejadiaan, kebakaran bermula di Kelas A tingkat 3 bangunan sekolah terbabit. Pihak bomba yang menerima panggilan kecemasan telah berjaya mengawal api kebakaran pada jam 1.00 petang.



Salam takziah admin ucapkan untuk warga sekolah SK Taman Samudera yang ditimpa bencana pada hari ini. SK Taman Samudera mengalami kebakaran teruk pagi tadi.


No comments: