Monday 19 October 2015

MARIA FARIDA RAMPAS SUAMI KAWAN YANG SUKA CLUBBING DAN MABUK ???


aKU fikir  lakonan dia tak lah hebat sangat.  Sekarang pun dah jarang-jarang dia keluar tv... setakat suam-suam kuku gitulah kot.  Yang menaikkan namanya dan sentiasa meniti di bibir peminat adalah kisah-kisah peribadinya..... 


Namun....sejak beberapa hari lepas,gosip Maria Farida yang menjadi orang ketiga dalam keruntuhan rumah tangga rakan karibnya Datin Karen Rahman telah mula viral di media sosial.

Semuanya bermula apabila Miss Kepoh telah memuat naik satu foto dimana seorang individu yang dekat dengan Datin Karen memberitahu Maria sudah merampas suami kepada pengasas KR Beauty Care itu dan turut menggunakan ayat guna-guna (manderam)  untuk mendapatkan lelaki berkenaan.

Pada awalnya ramai yang seakan tidak mengambil peduli akan gosip tersebut tetapi perkara ini telah disahkan sendiri oleh Datin Karen menerusi akaun Facebooknya bahawa Maria sanggup untuk merampas suaminya.
Walaubagaimanapun,  timbul pula satu cerita yang membuatkan keadaan menjadi lebih rumit apabila anak Datin Karen iaitu Shazleen menerusi akaun Instagramnya mendedahkan perangai sebenar ibunya yang hanya “berdrama” sebagai mangsa keadaan sedangkan beliau juga seorang kaki clubbing dan pernah ditangkap khalwat bersama lelaki lain sebelum ini.
Malah, Datin Karen yang menggunakan akaun Facebook atas nama Izlny Karen  selalu mabuk teruk, tidak menghormati suami dan sering menghalau anak-anaknya yang kini dijaga oleh bapa mereka.
Buat masa ini, Maria Farida belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung isu berkenaan. Kami harap perkara ini dapat diselesaikan dengan segera agar ia tidak berpanjangan dan menjadi lebih sulit selepas ini.

No comments: